MUDAHNYA DIAJAK BERZINA, MASYA ALLAH JANGAN AKU DIUJI SEBEGINI ~ Ref Malaysiakini

Salah seorang dari tertuduh kes rasuah bersama 2 orang Exco Negeri Perak berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat Ipoh, Zul Hassan mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan China.

Beliau yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Ipoh semalam.

Zul berkata kalau beliau tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Perkataan 'sedekah' ini saya rasa tidak sesuai digunakan. Carilah perkataan lain untuk digunakan pada perkara maksiat seperti ini. Ianya seolah-olah mempermainkan kalimah yang baik maknanya ini.

Rakan Zul, Fairul Azrim yang juga merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu menceritakan peristiwa tersebut.

Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

“Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.

Saya mempertikaikan sikap Zul dan Fazrim yang begitu mudah menerima wanita China tersebut untuk diperlakukan sedemikian. Bukankah dosa berzina itu sangat besar. Malah sepatutnya beliau mesti memeriksa mengapa dia diberikan 'percuma' wanita tersebut. Kalau tidak takut kepada Allah sekali pun malulah sikit kepada manusia.

Saya mengharapkan Zul dan rakan-rakannya yang lain (jika terlibat) bertaubat segera. Jangan cemarkan nama baik Islam dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.

Sesungguh ujian diajak berzina oleh seorang wanita muda sangat besar. Bukan calang-calang orang yang boleh menepisnya. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah tidak menguji kita dengan UJIAN YANG TAK SANGGUP KITA TEMPUHI.

Kepada PKR saya juga mengharapkan dapat sama-sama mentarbiah ahli kita supaya teguh dan kukuh imannya untuk menghadapi seribu satu macam taktik jahat musuh untuk menjatuhkan kita.

Amin

Comments

dariana said…
kadang2 orang yang begitu mudah diajak berzina kerana dia memang dah biasa melakukan maksiat dosa besar itu.
pengakuan beliau tu membesarkan lagi 'malunya' terhadap anak isterinya.begitu terpengaruh dia dengan SYAITAN.lupa Tuhan, lupa agama, lupa status, lupa masyarakat.
memang patut dia mendapat malu dan hukuman lebih berat...kerat 'barang' dia!