MUHYIDDIN DAN ALI KEMPUNAN UNTUK JADI TPM?~ Ref Malaysiakini

Pak Lah kemungkinan besar akan hanyut dari bahtera Umno tidak berapa lama lagi. Maka siapa lagi yang akan menjadi nakhoda Umno kalau bukan AlNajib Timbalan Presiden Umno sekarang yang naik di dalam Umno kerana serba sedikit atas pertolongan jasa dan kredibiliti ayahnya Allahyarham Tun Razak.

Persoalaanya sekarang adakah Pak Lah akan meletakkan jawatan sebelum atau selepas Persidangan Agong Umno Disember ini. Jika Pak Lah masih mahu dan berjaya mempertahankan jawatan Presidennya pada Persidangan itu Najib terpaksa menunggu lagi sehingga Pak Lah jemu untuk duduk dikerusi PM atau paling lama sehingga Jun 2010 mengikut pelan peralihan kuasa mereka berdua.

Bila beliau berundur nanti AlNajib akan memangku jawatan tersebut. Ini sekaligus menyaksikan AlNajib akan memangku jawatan Perdana Menteri juga. Persoalaan sekarang siapa yang AlNajib ingin lantik untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM). ALNajib boleh memilih untuk tidak melantil TPM sehingga beberapa lama mengikut kemahuan hawa nafsunya, tiada masalah.

Siapa agaknya pilihan Najib. Adakah Muhyiddin atau Ali Rustam. Namun Muhyiddin dan Ali Rustam belum tentu menang pada pemilihan Naib Presiden akan datang ini. Ramai lagi 'penyangak' lain yang kepingin untuk menjadi orang no 3,4 dan 5 Umno itu.

Syed Hamid mahu, Rais mahu, Hishamuddin mahu, Shahidan mahu, Zahid mahu, Mat Taib mahu, Shafei mahu, Rahim mahu dan mungkin akan ada lagi selepas ini mereka yang akan menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden ini.

Malah ianya lebih menarik kerana sesiapa sahaja yang menang jawatan ini nanti sudah tentu mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih Najib menjadi TPM walaupun belum tentu 100 % Najib memilih salah seorang dari Naib Presiden ini. Namun ianya sudah menjadi lumrah dan tradisi bahawa salah seorang Naib Presiden akan dipilih untuk jawatan TPM itu.

Bagi saya jika ditakdirkan Muhyiddin dan Ali menang sekali lagi belum tentu salah seorang dari mereka akan dipilih kerana kedua-duanya memang tidak layak untuk kerusi tersebut. Muhyiddin tidak layak kerana Najib sudah tentu melihat Muhyiddin sebagai ancaman kepadanya disebabkan Muhyiddin dilihat lebih berani dan kedepan dari Najib sendiri dalam banyak hal. Malah Muhyiddin dilihat lebih berkarisma dan cerdik berbanding Najib.

Manakala Ali Rustam siang-siang lagi pasti ditolak Najib kerana semua orang kenal siapa Ali terutama orang Melaka. Kekuatan bodek dan 'kipas' Ali kali ini tidak akan mampu memperdayakan Najib kerana Najib juga mahu orang yang berkarisma, cerdik dan bijak dalam berkomunikasi terutama untuk hal-hal luar negara. Ali juga bukannya Ahli Parlimen. Saya mencadangkan kepada Ali jika ingin melebarkan peluang untuk dipilih menjadi TPM sila letak letak jawatan ADUN dan arahkan ahli parlimen Bukit Katil meletak jawatannya supaya membolehkan Ali bertanding di parlimen tersebut dalam pilihanraya kecil. Selepas itu jika Ali menang (belum tentu menang) bolehlah membodek dan mengipas Najib supaya memilihnya untuk jawatan TPM ini.

Bagi saya sebenarnya Najib mempunyai calon-calon lain yang lebih dipercayai ketaatan dan kesetiaanya kepada Najib di samping faktor karisma, kecerdikan dan kebolehan kepimpinan juga akan diambil kira oleh Najib. Malah kemungkinan juga kali ini Najib memecahkan tradisi Umno apabila memilih di kalangan bukan Naib Presiden sebagai TPM.

Saya menjangkakan Najib lebih cenderung memilih sepupunya Hishamuddin Hussein Ketua Pemuda Umno sekarang ataupun orang kepercayaannya iairu Zahid Hamidi, ahli Majlis Tertinggi Umno sekarang. Namun jika kedua-duanya tewas pada pemilihan nanti maka terpaksalah Najib memecahkan tradisi UMno jika beliau masih mahu memilih salah seorang penyokong kuatnya untuk membantunya sebagai TPM.

Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti. Perkembangan ini merupakan sesuatu yang menarik untuk dicongak dan dikaji. Namun semuanya itu menjadi hambar dan lesu jika PR dapat membentuk kerajaan pusat yang baru selepas ini.

Comments