BPR TIDAK BEBAS ? ~ Ref Malaysiakini

Badan Pencegah Rasuah tidak bebas dan dipengaruhi oleh orang tertentu? Persoalan ini memang telah lama dibangkitkan oleh rakyat. Bukti terhidang di depan mata apabila begitu banyak laporan yang dibuat kepada BPR di'petisejuk'kan atau di'bakulsampah'kan.

Lihat sahaja apa jadi dengan laporan yang dibuat oleh Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman terhadap Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo dan laporan pelbagai pihak kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Bekas Menteri Kerja Raya, Samy Vellu. Ke mana perginya laporan tersebut sehingga ada yang kertas siasatan pun tidak dibuka atau dimulakan.

Malah jarang sekali kita mendengar 'jerung-jerung' besar ini disiasat dan disabitkan dengan kesalahan, yang menjadi mangsa hanyalah 'ikan-ikan' bilis yang mudah tersangkut di jaring BPR.

Fakta ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan yang mendakwa bahawa perdana menteri pernah campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Kenyataan disifatkan sebagai “pendedahan yang menggemparkan” oleh Malaysiakini.

Tan, yang meninggalkan SAPP selepas ia keluar daripada BN minggu lepas, membongkarkan perkara itu bagi menghalang presidennya Datuk Yong Teck Lee ditahan badan itu selepas cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun lalu.

Ketua penerangan baru SAPP Chong Pit Fah berkata, dakwaan Tan itu menunjukkan keputusan BPR boleh dipengaruhi oleh perdana menteri.

Beliau juga ingin tahu sekiranya terdapat pihak lain seperti menteri yang mempunyai pengaruh yang sama terhadap badan itu.

Comments