RAYMOND TAN MESTI LETAK JAWATAN TIMBALAN KM SABAH ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan Sabah mengekalkan Datuk Raymond Tan Shu Kiah sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, meskipun tidak menyertai mana-mana parti politik pada masa ini.

Shu Kiah berkata, keputusan tersebut dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, selepas pertemuan dengan beliau di Wisma Innoprise, di sini hari ini.

Bagi saya tindakan Raymond tidak meletakkan jawatan sekali lagi membuktikan bahawa parti BN dipimpin oleh pemimpin yang tidak bermaruah.

Sepatutnya Raymond yang dilantik disebabkan beliau anggota SAPP mesti meletakkan jawatan kerana SAPP telah keluar dari BN. Raymond sendiri sepatutnya sedar beliau dipilih oleh Musa Aman kerana beliau anggota BN. Jadi sekarang beliau bukan lagi anggota BN beliau wajar meletak jawatan.

Jika sekiranya beliau menyertai mana-mana parti komponen BN yang lain beliau bolehlah dilantik semula ke jawatan asalnya.

Inilah contoh tauladan pemimpin BN yang cakap tidak serupa bikin. Mereka begitu marah kepada Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi pada masa yang sama tidak pula marah kepada pemimpin yang masih berdegil memegang jawatannya sedangkan ia dilantik atas kapasiti parti yang telah keluar BN dan dia sendiri sudahpun keluar dari parti asalnya.

Shu Kiah yang juga bekas Timbalan Presiden SAPP keluar daripada parti tersebut kerana tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi parti pada 17 September lalu, keluar daripada BN selepas hampir tiga bulan menyatakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat itu pada awalnya merancang menyerahkan surat peletakan jawatannya dalam kerajaan hari ini berikutan keputusan SAPP itu.

Comments

Unknown said…
saya berharap rakyat sabah, khasnya di kawasan raymond tan boleh menunjukkan "power rakyat" & tekanan kepadanya agar dia tidak membelakangi kehendak rakyat dan hanya menjaga kepentingan diri semata-mata.