PAK LAH DAN NAJIB MACAM BUDAK-BUDAK ~ Ref Malaysiakini

Saya setuju dengan pandangan Ahli Parlimen Gua Musang bahawa tindakan menunda persidangan agung Umno kepada bulan Mac seperti tindakan budak-budak hingusan yang apabila mereka akan kalah bermain mereka ajak berhenti dan tangguh permainan.

Memang betul apa yang Kul Li katakan itu. Kalau orang dewasa dia tidak kisah kalah atau menang kerana itu adat permainan atau adat perlawanan.

Pak Lah khasnya merasakan dirinya seorang sahaja yang pandai memimpin sedangkan negara yang dipimpin beliau sekarang sedang menghadapi pelbagai masalaha.

Tengku Razaleigh Hamzah yang semalam menyifatkan keputusan menunda pemilihan parti sebagai "permainan kanak-kanak" dua pemimpin, hari ini menggesa ahli-ahli Umno supaya menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) semalam.

"Mereka patut menolak (keputusan MT semalam) kalau sayangkan parti.

"Mereka mesti tentukan sikap untuk menolak kerana ini (peralihan kuasa) bukan perkara kecil," kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini sebentar tadi.

Kata beliau, ahli-ahli Umno perlu meminta supaya pemilihan pucuk kepimpinan pusat dikekalkan Disember ini, bukannya menunda ke Mac depan.

Bagaimanapun beliau tidak bercadang untuk membawa sebarang usul berkenaan pelan peralihan kuasa yang dirancangkan walaupun ia sebenarnya di luar perlembagaan parti.

"Nak bawa usul kita perlu adakan mesyuarat khas dan perhimpunan khas.

"Ia bukan sesuatu yang senang untuk dapatkan sokongan bahagian. Memadailah saya buat bantahan lisan kerana bukan saya seorang saja (yang membantah), tapi juga ahli-ahli Umno lain," katanya.

Sumber : Mstar

Comments