PAS ALU-ALUKAN HASRAT MB NEGERI SEMBILAN BUBAR DUN ~ Ref Malaysiakini

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Zulkefli Mohd Omar mengalu-alukan hasrat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang mahu membubarkan DUN jika 4 orang ADUN BN berhijrah menyertai Pakatan Rakyat (PR).

'Kita memang setuju sangat kalau Mat Hassan mahu membubarkan DUN kerana ini akan memberi peluang kepada rakyat membuat penghakiman siapa yang mereka mahu angkat untuk menjadi kerajaan kerana mereka sudah hilang kepercayaan kepada BN'.

'Saya mendapat maklumat dari rakan-rakan kita dalam PR iaitu DAP dan PKR bahawa memang ada di kalangan ADUN BN yang berminat untuk berhijrah menyertai PR, lebih-lebih lagi kalau kerajaan pusat bertukar tangan nanti' kata Zulkefly pada ceramah beliau di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

Menurutnya, PR hanya memerlukan 4 kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 15 kerusi iaitu 10 kerusi menerusi DAP, 10 kerusi melalui PKR dan 1 kerusi dimenangi oleh PAS manakala BN memperolehi 21 kerusi DUN semuanya.

Beliau berkata jika 4 ADUN menyertai PR maka BN akan mempunyai hanya 17 kerusi dan PR mempunyai 19 kerusi iaitu 2 kerusi majoriti.

'PAS yakin kita akan menang dan membentuk kerajaan bersama-sama rakan-rakan kita DAP dan PKR dalam PR', sebenarnya banyak DUN yang PAS tewas kurang dari 1,000 undi dan DUN ini Insya Allah akan kita rampas andaikata Mohamad bubarkan dewan' ujar Zulkefli dengan semangat.

Rakyat Negeri Sembilan, kata Zulkefly tidak mendapat pembelaan sewajarnya sejak BN memerintah negeri ini malah selepas pilihanraya umum lalu rakyat semakin terbeban dengan cukai tanah yang semakin meningkat ditambah lagi dengan kenaikan harga barang dan harga minyak.

Turut berceramah bersama beliau malam tadi ialah Haji Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman. Ceramah sempena Badar Al-Qubra itu dianjurkan secara bersama oleh PAS Negeri Melaka dan PAS Kawasan Bukit Katil.

Comments