NAJIB TAK JADI TAMBAT RINGGIT ~ Ref Malaysiakini

Ura-ura Najib akan menambatkan nilai ringgit hari ini tidak menjadi kenyataan setelah Najib mendengar taklimat khusus kementerian kewangan pagi ini. Apa yang menyebabkan Najib mengambil keputusan itu tidaklah diketahui.



Sehingga jam 9.08 pagi, ringgit dicatatkan lebih tinggi di paras 3.4120/4170 berbanding dolar AS di paras penutup 3.4570/4620 yang dicatatkan pada hari Jumaat.

Sabtu lepas, Dr Mahathir mencadangkan pertukaran ringgit ditetapkan semula bagi menampan impak kelemahan dolar berbanding mata wang lain.

Timbalan perdana menteri, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan, bertukar portfolio suka sama suka (betul ke tidak?) dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi minggu lalu.

Menurutnya, kita komited membiarkan pasaran menentukan sendiri nilai ringgit.

Nampaknya Najib ingin menunjukkan bahawa beliau juga pakar dalam bidang ini sehingga berjaya mengambil keputusan ini dengan pantas.

Ketokohan Najib menguruskan kementerian ini belum teruji sebagaimana beliau 'berjaya' menguruskan kementerian pertahanan sehingga tercetus pelbagai kontroversi antaranya isu kapal selam, isu pembinaan kapal, isu C4 dan sebagainya.

Mungkin lambat laun Najib akan membuktikan 'kehebatannya' di kementerian ini. Kita percaya Najib sudah tentu akan menunjukkan aksi hebatnya di kementerian ini jika beliau memegangnya dengan lama. Namun belum tentu Najib dapat bertahan lama kerana usia kerajan BN pun sudah tidak lama lagi untuk kojol.

Comments