3 MINAT DIAMANAHKAN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN DAN 10 NAIB PRESIDEN


3 orang pimpinan PAS berminat untuk diamanahkan sebagai Timbalan Presiden dan 10 orang bagi jawatan Naib Presiden.


Sumber dalaman PAS melihat bahawa penyandang jawatan, Mohd Sabu, Naib Presiden Husam Musa dan Ketua Penerangan, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang berkira-kira untuk menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden. Mohd Sabu telah pun mengesahkan bahawa beliu akan tetap mempertahankan amanah yang diterima pada Muktamar PAS dua tahun lalu. Manakala Tuan Ibrahim pernah bertanding jawatan tersebut bersama Mohd dan Nasarudin Mat Isa pada pemilihan 2 tahun lepas. 

Husam pula walaupun tidak mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan negeri tetapi kehebatan dan buah pemikirannya serta 'track record' lalu mampu menggugat kedua-dua calon lain. Andai berlaku pertandingan 3 penjuru, adalah dipercayai Tuan Ibrahim akan menang dengan mudah kerana undi akan terpecah 3. Perkara ini yang berlaku pada pemilihan lepas di mana undi Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasruddin Mat Isa pecah. Malah jika undi Tuan Ibrahim dan Ust Nasa digabung ianya mengatasi undi Mohd Sabu.

Bagaimana pula dengan keadaan Naib Presiden.? Penyandang sekarang Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Husam Musa dikatakan mempertahankan jawatan mereka cuma Husam yang belum menyatakan pendirian samada memilih Naib Presiden atau Timbalan Presiden.

Lain-lain pimpinan yang dikatakan berminat untuk diberi amanah sebagai Naib Presiden ialah Dr Mujahid Yusof, Nik Mohd Amar Abdullah, Ustaz Idris Ahmad, Muhammad Nizar Jamaluddin, Mohd Hatta Ramli, Ir Khalid Samad dan Nasruddin Hassan At Tantawi. Penyertaan mereka ini sudah  akan memberi peluang kepada muka-muka baru untuk menyertai kabinet AJK PAS Pusat. Selain dari itu bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak sudah hampir pasti tidak mahu diberi amanah sebagai AJK PAS Pusat.

Beberapa muka baru dijangka akan turut sanggup diberi amanah sebagai AJK PAS Pusat .........namun apa yang pasti pemilihan PAS tidak akan mengucar kacirkan PAS kerana mereka bertanding dalam suasana ukkhuwwah yang baik dan berakhlaq tidak seperti parti-parti lain.

Comments