Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad diminta agar segera insaf dan memohon sembah keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong dengan segera kerana menulis di laman Facebook miliknya perkara yang jelas menghina baginda.
Beliau dilaporkan menulis bahawa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebenarnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan bukannya Dato' Seri Najib Razak.
Mana Pemuda Umno, mengapa diam seribu bahasa ketika Baginda dihina sedemikian rupa. Apakah pemuda pekak dan bisu sehingga tidak nampak dan tidak dengar akan penghinaan yang jelas dilakukan oleh Ahli Parlimen Umno yang kurang ajar ini.
Ini bukan perkara kecil dan remeh. Ia melibatkan penghinaan dan tuduhan yang berat ke bawah Duli Tuanku. Ayuh Pemuda Umno jangan bersembunyi di bawah kantung duit dan projek.
Sementara itu Bekas MB Kedah yang dusingkirkan oleh Najib iaitu Mukhriz Mahathir dalam satu kenyataan bersama Adun pembangkang Kedah lain melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan Ahli Parlimen berkenaan.
"Ini adalah satu dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab, tidak rasional sama sekali, dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang anak Kedah yang bergelar "Yang Berhormat Ahli Parlimen".
Tidak ada seorang pun Rakyat Malaysia yang mempercayai dakwaan yang tidak lojik itu," kata kenyataan itu.
Kumpulan itu dengan tegas menuntut agar Nawawi segera insaf dan memohon sembah keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong atas tuduhan itu kerana ianya telah mencemar nama baik Kebawah Duli Tuanku dengan mengaitkan Baginda dengan skandal mega 1MDB seperti yang diumum oleh pihak DOJ.
"Selain itu, kami mendesak agar Nawawi juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah berusaha untuk menipu Rakyat bahawa kononnya Najib Razak bukannya MO1 yang dimaksudkan oleh DOJ.
"Segala butiran serta sifat-sifat yang dikaitkan dengan MO1 seperti yang disenaraikan oleh DOJ mengukuhkan dakwaan bahawa Najib Razak adalah MO1.
"Tiada putar belit konco-konco dan jentera propaganda Najib, termasuk kenyataan Nawawi tersebut, boleh meyakinkan Rakyat bahawa Najib bukan MO1 yang dimaksudkan," katanya.
Kumpulan berkenaan turut mendesak agar Najib Razak menghentikan semua penipuan yang menjelekkan, segera undur sebagai Perdana Menteri, sekaligus menamatkan kemelut dan krisis yang membelenggu negara.
Gambar sekadar hiasan sahaja
Comments
Tidor ka...atau tngh mkn dedak.
Agong melayu...raja melayu di fitnah jenayah oleh sekor melayu.