JAIM JALANKAN OPERASI IKUT MASA? ~ Ref Malaysiakini

Saya berasa sedih membaca posting sahabat saya blogger angkasanuri dalam blognya menceritakan bagaimana Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) tidak menunaikan tanggungjawabnya membenteras maksiat sehingga tidak mahu melakukan operasinya walaupun ada aduan tentang kejadian zina atau khalwat.

Alasannya pada hari tersebut tiada operasi. Di bawah ini tulisan sahabat saya blogger angkasanuri :

Sedang saya duduk lepak-lepak dengan komputer buruk di lobi sebuah hotel untuk akses internet percuma sambil tunggu anak habis tuesyen saya dapat panggilan telefon dari jiran di taman perumahan saya mengadu masalah. Maklum le orang penting kat taman katakan...ceh..

Katanya nak buat macam mana sekarang, kat sebuah rumah di taman saya ada penduduk mengadu ada seorang yang bekerja sebagai GRO bawa balik jantan tidur kat rumah. Saya kata saya kat luar, kejap lagi saya ada kuliah dengan pelajar sampai tengahari.Jiran saya kata tak tahu kat mana lagi nak mengadu untuk ambil tindakan.

Telefon pengerusi taman, pengerusi taman kata tak ada kuasa. Telefon JKKK, JKKK sibuk dengan tugas luar. Nak telefon tok imam, imam tak ada kat rumah. Paling sedap bila telefon pejabat Majlis Agama Islam Melaka ( MAIM ), MAIM kata hari ini tak ada operasi! Tunggu ada operasi baru boleh bertindak.

Maknanya buatlah maksiat sesuka hati siang atau malam, pagi atau petang, berkubanglah sepuas hati buat maksiat kat Melaka, MAIM tak akan bertindak sebab tak ada operasi. Patutlah kadar jenayah syariah dan kes anak luar nikah meningkat sekali ganda di Melaka( lihat posting saya sebelum ini ).

Pihak penguatkuasaan bersikap sambil lewa. Siapa lagi nak diharap kalau orang jabatan agama tak nak bertindak? Jika beginilah keadaannya, saya yakin kadar jenayah syariah dan kes buang anak serta anak luar nikah akan terus meningkat pada tahun depan. Kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam tolong peka sedikit masalah ini jangan asyik sibuk dan terhegeh-hegeh serta gegak gempita nak bagi gelaran Datuk pada Shah Rukh Khan aje.. demikian dengusan sahabat saya blogger angkasanuri ...

Inilah mentaliti Jabatan Agama Islam di negeri-negeri BN. Mereka bukannya mahu bertanggungjawab sepenuhnya kepada maksiat yang berlaku. Kadang-kadang bila kita beri maklumat mereka kata tiada anggota atau anggota telah keluar menjalankan operasi di tempat lain.

Saya sebenarnya simpati kepada sahabat kita Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani (dulunya bekas orang kuat PAS, pernah jadi calon PAS), beliau mungkin ingin bertanggungjawab sepenuhnya kepada apa yang berlaku di Melaka ini tetapi oleh kerana kekangan-kekangan yang ujud maka beliau tidak dapat menjalankan operasi pencegahan dengan baik.

Semua ini adalah gara-gara kerajaan BN Melaka yang tidak pernah berasa gusar dan bimbang dengan kejadian maksiat yang berlaku semakin hari semakin meningkat.

Cuba renungkan statistik di bawah ini :-

1) Kes hamil luar nikah di negeri ini meningkat kepada 328 kes berbanding 311 tahun lalu.

2) Kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 secara keseluruhannya juga didapati meningkat sebanyak 5.9 peratus atau 93 kes.

3) Kes membabitkan kesalahan syariah meningkat kepada 1,586 kes berbanding 1,493 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

4) Sebanyak 808 kes bersekedudukan dilaporkan pada tahun ini berbanding 699 kes tahun lalu.

Statistik ini dikeluarkan oleh Sahabat Kita, Ustaz Rahimin Bani.

Sepatutnya kerajaan BN Melaka mesti mengambil langkah drastik bagi mengurangkan masalah maksiat ini.

Antara langkah-langkah yang saya cadangkan adalah :-

1) Memperbanyakkan kelas pengajian agama di setiap surau dan masjid bukannya menghalang dan memberhentikan kelas yang dijalankan oleh Ustaz-ustaz tertentu. Ada yang lulus Azhar pun di halang dari mengajar di masjid dan surau

2) Menutup semua premis-premis kelab malam, karaoke, pusat hiburan, dangdut, pub dan sebagainya

3) Menutup semua premis pelacuran, spa, rumah urut dan hotel-hotel murah yang dikenalpasti menjalankan aktiviti maksiat.

4) Menghalang semua aktiviti-aktiviti berunsur maksiat seperti konsert, pergaulan bebas dan sebagainya.

5) Menambah bilangan penguatkuasa kerana sekarang bilangan yang ada sekarang sangat terhad dan tidak mampu menjalankan kerja dengan berkesan.

6) Memberikan kuasa kepada Imam, Pegawai Masjid, Tok Sidang dan JKKK menangkap pelaku-pelaku maksiat yang bertebaran di serata Melaka

7) Melancarkan kempen kesedaran tentang pentingnya semangat kejiranan dalam usaha mencegah maksiat dan mungkar.

8) Menjalankan program-program keagamaan yang menarik minat pemuda-pemudi untuk menyertainya.

9) Menilai semula kuliah-kuliah agama yang dijalankan di masjid dan surau di Melaka kerana rata-rata kuliah dan kelas agama yang ada sekarang mengajar ilmu-ilmu yang sama dulu,kini dan selamanya.

10) Menanamkan kesedaran tentang pentingnya Amar Makhruf Nahi Mungkar dalam masyarakat.

11) DAN YANG PALING PENTING MENUKAR KERAJAAN YANG ADA SEKARANG KERANA KERAJAAN BN INI JELAS TIDAK SERIUS DALAM MENCEGAH KEMUNGKARAN. PILIHANRAYA AKAN DATANG KITA UNDI PAS DAN PAKATAN RAKYAT.

Comments

Anonymous said…
JAIS JUGAK BUAT OPERASI IKUT MASA

KESNYA MACAM NI..SAYA TINGGAL DI TAMAN PERUMAHAN DI BANTING. JIRAN SEBELAH RUMAH SAYA NI KEKADANG JE DATANG KAT UMAH DIA NI..YANG SELALU DATANG ANAK LAKI DIA..KALO DATANG SORANG XPELA..NI DATANG BAWAK POMPUAN..NAK KATA DATANG BERSIHKAN RUMAH MAK BAPAK DIA X PLAK SAYA NAMPAK...WAKTU DATANG BIASANYA HARI RABU ATAU KHAMIS..DATANG PUKUL 4 PUKUL 9 DIA BALIK...
MULA2 SAYA TAHAN LAGI..YANG BUAT SAYA X TAHAN..BULAN PUASA PUN DIA DATANG LAGI..MASA TU SAYA NAK PEGI TERAWIH...SAYA CUBA JELING MAMAT LAKI NI TAPI DIA BUAT DERK JE..SAMPAI SURAU MASA TU BELUM MASUK ISYAK LAGI..SAYA CALL HOTLINE JAIS 0355190398..SAYA BUAT ADUAN..DIAORANG KATA X BLEH BUAT OPERASI SEKARANG..BUAT OPERASI HANYA PUKUL 11 KE ATAS...SAYA TERANGKAN KAT DIORANG KALO PUKUL 11 BUDAK TU MEMANG DAH KLUA LA..DIORANG SURUH SAYA MENGADU PADA PIHAK JAWATANKUASA SURAU..JAWAPAN YANG MENYEDIHKAN JUGAK YANG SAYA DAPAT...AJK SURAU KATA DIORANG X DE KUASA..TUJUAN SAYA MENGADU TU BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MENANGKAP BUDAK TU..KALO DIORANG DATANG BAGI NASIHAT PUN DAH CUKUP...
SO KAT MANA LAGI SAYA NAK MENGADU? KALO DAH PIHAK YANG BERKUASA PUN MACAM LEPAS TANGAN...
ADA CADANGAN?
kekwa66 said…
Keprihatinan mak bapak penting dewasa ni dalam membanteras gejala maksiat! kita jangan mengharapkan pihak berkuasa je..