MELAKA PERLU DISELAMATKAN ~ Ref Malaysiakini

Negeri Melaka perlu diselamatkan segera atas alasan-alasan di bawah :-

1) Pemimpin yang ada sekarang rakus membazirkan duit rakyat dengan pembangunan yang tidak memberi banyak faedah kepada rakyat seperti Eye On Malaysia, Litar Go-Kart, Melaka International Bowling Center, Projek Pulau Melaka dan banyak lagi. Hutang negeri Melaka terus meningkat melebihi RM1 bilion.

2) Pemimpin yang ada membiarkan maksiat berleluasa sehingga statistik gejala hamil luar nikah, zina dan lain-lain meningkat saban tahun dan cukup membimbangkan

3) Tidak ada projek yang benar-benar memberikan pulangan kepada rakyat sehingga ramai yang menderita terutama di luar bandar

4) Pemimpin yang ada sering meniupkan semangat perkauman terutama dalam isu babi di Paya Mengkuang

5) Tidak serius dalam membudayakan program keagamaan seperti kuliah dan pengajian agama di masjid dan surau malah mana-mana kelas dan kuliah yang diajarkan oleh guru-guru yang tidak bertauliah tidak dibenarkan sedangkan mereka berkelulusan dari Al Azhar dan Pengajian Islam IPTA tempatan

6) Projek-projek kerajaan negeri dibolot oleh kroni-kroni di mana ahli dan penyokong pembangkang langsung tidak diberi peluang.

7) Masjid dan disurau menjadi medan pecah belah di mana semua pegawai masjid mestilah ahli Umno

8) JKKK hanya dilantik dikalangan ahli Umno sahaja menyebabkan ahli dan penyokong pembangkang dianaktirikan dari segi bantuan dan subsidi.

Banyak lagi yang boleh saya tulis .................

Comments

kekwa66 said…
Apa nak buat, kuasa dan $$$ di tangan mereka!! Tapi rakyat miskin di luar bandar tetap memilih mereka!
Ibnu Mohyeddin said…
kekwa.. nak tak nak kena usaha jugak ..kena turun berikan penerangan .. tu tanggungjawab kita yang yang dah lebih tau d