Pihak musuh tidak putus-putus menghunjamkan panahan dan serangan kepada kelima-lima kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Mereka bekerja siang dan malam merancang, mengatur dan menyusun strategi bagi memecahbelahkan kerajaan PR yang semakin hari dilihat semakin mantap dan matang.
Pelbagai cara digunakan terutama dengan senjata ampuh yang mereka ada iaitu media dan 'wakil-wakil' mereka yang masih memegang jawatan penting dalam kerajaan-kerajaan tersebut.
Ibaratkan Tok Pawang dan Tok Bomoh mereka gunakan pelbagai cara antaranya 'mentera', 'santau beracun', ubat guna-guna dan macam-macam lagi.
Di Kedah mereka memfitnah dengan tohmahan kerajaan Kedah mengutamakan penternakan babi lebih dari yang lain;
Di Perak mereka menuduh MB Perak hanyalah boneka DAP sehingga sanggup menggadaikan tanah kerajaan kepada sekolah Cina;
Di Selangor, PAS dikesampingkan dari kerajaan negeri dan ibarat PAS melukut ditepi gantang;
Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri 1 lembap, tidak tahu mentadbir dan sebagainya. Kerajaan Negeri juga dituduh anti Melayu;
Di Kelantan; ADUN desak Tok Guru letak jawatan dan macam-macam lagi.
Pendek kata musuh-musuh PR ini sentiasa mencari 'lubang' dan peluang untuk merobohkan perpaduan kerajaan PR. Lepas satu satu isu yang mereka timbulkan, namun setakat ini semuanya berjaya di atasi oleh PR dengan professional dan tenang.
Malah dari sehari ke sehari kerajaan PR makin utuh.
Saya mengharapkan pimpinan kelima-lima kerajaan negeri PR, pegawai-pegawai dan rakyatnya supaya jangan menghiraukan semua tuduhan dan tohmahan musuh yang sudah mabuk kuasa akibat ketewasannya mereka pada PRU Mac lalu. Mereka sebenarnya masih berdendam dan tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat telah menolak dan meluat kepada mereka.
Comments
Baca juga blog saya bagaimana MIC cuba meggelirukan Umat Islam dengan menggatakan bahawa Yoga seiras dengan Islam http://salimrawahy.blogspot.com
dah cukup erti apa itu, Ketua umno cakap yang lain kepada penduduk MELAYU, tapi keluarga sendir buat yang haram segi agama, inikah apa tuan2 menyokong, adakah tuan2 dan puan2 mengikut bergila babi sokong orang ANTI-ISLAM UMNO macam ini, tak tahu jaga keluarga sendiri macam mana nak jaga negara.
http://scandalasia.blogspot.com/
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6599&start=360
http://zorro-zorro-unmasked.blogspot.com/2008/12/yes-mukrizi-agreeno-vernacular-school.html
http://umnoampang.blogspot.com/2008/07/barisan-kepimpinan-umno-bahagian-ampang.html
Hidup PR!
Para pemimpim parti-parti pilitik dalam Pakatan Rakyat mesti sedar akan hakikat ini. Jangan menari ikut entak mereka sebaliknya lakukan sesuatu untuk kukuhkan kerjasama dalam Pakatan. Tapi malangnya terdapat juga pemimpin dalam pakatan yang melatah, dan terikut-ikut dengan paluan gendang pihak lawan sehingga nampak seolah-olah pakatan itu sudah rapuh. Jangan sampai rakyat yang memilih anda meluat dengan gelagat mereka. Rakyat boleh menaikkan mereka dan rakyat juga boleh menjatuhkan mereka. Fikirkan lah