Malaysianinsider melaporkan bahawa Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno masih berhadapan dengan masalah dalaman tetapi memberi jaminan perkara itu sedang ditangani.
“Kita semua tahu bahawa selepas Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak mengambil alih (kepimpinan) daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, masih ada masalah seperti pertengkaran dalaman,” kata Muhyiddin (gambar)kepada pemberita pada sidang media di sini.
“Bagaimanapun, untuk mengatakan bahawa parti tidak bertindak bagi mengatasi masalah adalah tidak benar. Tetapi, saya percaya itu tidak cukup. Lebih banyak perlu dilakukan,” katanya lagi sambil berkata bekas perdana menteri itu masih mengambil berat tentang parti dan mahu melihat ia kekal relevan dan menerajui kerajaan.
Mengapa pula sebelum ini pemimpin Umno menafikan masalah dalaman ini? Bila Dr Mahathir menyatakan Umno adalah masalah barulah pemimpin Umno mengaku. Mereka tidak perlu berbohong kerana semua orang tahu bahawa Umno bermasalah bermula dari cawangan hingga ke peringkat paling tinggi. Sebab itulah Umno tidak berani mengadakan pemilihan parti apabila setiap kali Pilihanraya Umum menjelang kerana mereka tahu perebutan kuasa dalam Umno bukan setakat main duit, malah fitnah, ugut bahkan sampai ke tahap kekerasan.
Rakyat sepatutnya sudah lama sedar akan perkara ini. Apa yang pasti pemimpin Umno sebenarnya hanya mahukan kuasa untuk membuncitkan tembolok dan memenuhi nafsu masing-masing.
Comments