Lebih INDAH jika UMNO Bubar dan MASUK PAS

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin  berkata urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.


Katanya, perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri. 


"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama timbalan perdana menteri yang dihadiri warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di Kota Bharu hari semalam.


Blog ini berpendapat lebih indah lagi jika Umno dibubarkan dan semua pemimpin dan ahlinya menyertai PAS bagi memperkuatkan lagi Parti Islam ini.


Umno tidak sewajarnya terus hidup kerana parti itu berjuang atas dasar pragmatik, nasionalis, perkauman dan atas nafsu manusia dengan meminggirkan Islam dari asas perjuangannya. Islam hanya digunapakai semasa kenduri kendara, doa buka dan tutup majlis dan sebagainya. Undang-undang tubuh dan matlamat perjuangan Umno hanyalah mengikut nafsu manusia dan dicipta oleh manusia.


Sudah sampai masanya Umno dibubarkan dan semua pemimpin dan ahlinya kembali kepada perjuangan Islam.

Comments

Anonymous said…
Bukan sesuatu yang baik jika ahli-ahli UMNO berduyun-duyun masuk PAS. Keadaan ini mampu mengundang kerosakan PAS dari dalam jika pentarbiyyahan adalah lemah. Hal ini pernah berlaku pada Sarekat Islam Indonesia, di mana kemasukkan golongan nasionalis yang berfahaman liberal telah menghancurkan Sarekat Islam yang tidak mampu mengawal ideologi liberal yang berlaku di dalamnya sehingga membawa kepada keruntuhannya dari politik Indonesia.