UMNO/BN bimbang dinar Emas Kelantan

Umno Kelantan cukup bimbang dengan penerimaan rakyat Kelantan terhadap Dinar Emas. Media melaporkan bahawa Umno menggunakan BTN untuk menjalankan kajian terhadap penerimaan kepada Dinar. Mereka jelas bimbang kerana setakat ini Rm2 juta Dinar Emas telah dibeli oleh rakyat, satu pencapaian luar dugaan. Malah Umno/BN melancarkan serangan sejak awal lagi mengigatkan rakyat dan kerajaan Kelantan bahawa Dinar bukan matawang dan kerajaan negeri tiada kuasa untuk menentukan matawang yang sah di sesebuah negeri.

Tidak syak lagi bahawa mereka benar-benar tertekan dengan sambutan rakyat. Adalah dijangkakan lebih banyak Dinar Emas akan dijual pada musim perayaan ini lebih-lebih lagi dengan kepulangan anak Kelantan di perantauan.

Comments

Hasbullah Pit said…
Yang peliknya ada peniaga PAS di Melaka taknak terima D&D Kelantan.

Haji Bakrin Terima tak?