Kerajaan PR hargai atlet

Sebaik sahaja beberapa negeri jatuh ke tangan PR selepas PRU 12 lalu pelbagai kebimbangan tergambar di dalam pemikiran rakyat yang ragu-ragu dengan PR. Antara golongan yang bimbang kebajikan mereka akan diabaikan ialah atlet-atlet sukan negeri. Pelbagai momokan dan tohmahan dilemparkan ada yang menganggap masadepan sukan akan malap di bawah negeri-negeri PR.

Namun begitu kini semua sangkaan itu meleset dan salah sama sekali. Buktinya kerajaan Kedah baru-baru menyampaikan kira-kira RM355,800 kepada atlet negeri itu sebagai ganjaran kemenangan mereka pada SUKMA 2010 yang berlangsung Jun lalu. Kira-kira 151 orang atlet menerima ganjaran tersebut kejayaan Kedah menduduki tempat kelima keseluruhan dan juga atas kejayaan memperolehi 39 pingat emas mengatasi sasaran 35 pingat emas.

Ganjaran yang diberikan oleh kerajaan Kedah ini membuktikan bahawa keprihatinan kerajaan PR untuk meningkatkan mutu sukan dan sentiasa memastikan kebajikan atlet tidak terabai.

Comments