756 AHLI PAS KELUAR PARTI : UMNO MAIN WAYANG LAGI

Umno main wayang lagi. Kali ini sekali lagi Umno menipu rakyat dengan mendakwa 756 ahli PAS di Larut masuk Umno.

Media semalam melaporkan bahawa seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan berpaling tadah dan menyertai Umno. Alasan mereka ialah hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

Bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Penipuan Umno ini didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain yang menafikan perkara itu berlaku,

Beliau berkata tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media juga mendakwa kumpulan yang keluar PAS diketuai oleh bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.

Comments

Anonymous said…
ZAMAN SEKARANG KALAU ADA BERITA ORANG MENYERTAI UMNO MEMANG PELIK... TAPI KALAU BERITA ORANG KELUAR UMNO.., TAK PELIK... AKU DULU DAN SEMUA AHLI KELUARGA AKU .. PENYOKONG KUAT UMNO.... SEKARANG TIDAK LAGI... KAMI SANGAT BENCI UMNO... PANGKAH DAP PUN TAK PA DARIPADA PANGKAH UMNO...

eizlan
sg
petani