Apa firnah seterusnya runtuhkan PR

Tidak kira Ramadhan atau Rejab, Syawal atau Syaaban fitnah dan pembohongan terhadap PR dan pimpinannya terus dilancarkan oleh pihak yang kita semua tahu. Tanpa rasa tanggungjawab dan takut kepada Allah mereka ini bertindak di luar dari batas ketamadunan manusia membuat onar menipu dan mengaburi mata rakyat guna mendapat semula sokongan rakyat. Dosa pahala, etika dan amanah langsung diterajang ke tepi, persetankan semua itu yang rakyat mesti dihidangkan dengan fitnah ini supaya imej dan kredibiliti PR dan pimpinannya kotor dan jijik.

Teknik, strategi dan taktik pelbagai cara digunakan. Yang pasti media pengampu menjadi alat nombor wahid menjayakan niat buruk parti dan pemimpin berhidung belang ini.

Isu seperti pemimpin non muslim masuk masjid, Guan Eng sembelih korban, PAS cadang Tungku rampas harta orang Cina, isu khutbah dan lain-lain menambahkan koleksi fitnah mereka. Bagaimana agaknya mereka ingin menarik balik fitnah ini dari terlekat di minda rakyat kerana menurut ulama selagi tulisan itu terlekat di minda rakyat selagi itulah tukang fitnag, ketua pengarang, editor dan sesiapa yang terlibat menanggung dosa, nauzubilllah.

Comments