ZAM JADI AYAM SABUNG 'BARU' UMNO

Mungkin kerana semakin dilupakan bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin (Zam) cuba kembali menjadi jaguh dengan menimbulkan fitnah terhadap PAS bagi memburuk-burukkan PAS di mata kaum Tionghua.

Kenyataan Zam bahawa bahawa pemimpin PAS telah meminta perdana menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, adalah fitnah yang dahsyat dan mengelirukan.

Kenyataan beliau boleh dipertikaikan kesahihannya kerana tiada bukti nyata kenyataan itu dikeluarkan. Zam pula tidak menyatakan nama pemimpin PAS yang didakwa mengeluarkan kenyataan itu malah ianya bukan kenyataan rasmi PAS.

Kita bimbang kenyataan Zam ini adalah fitnah dan strategi Umno/BN untuk merenggangkan hubungan PAS dan kaum Tionghua yang semakin erat dan baik. Selagi Zam tidak dapat memberikan bukti nyata selagi itulah ia disifatkan sebagai fitnah.

Namun jika ianya betul sekalipun kenyataan itu mungkin kenyataan peribadi bukan rasmi.

Saya menyokong cadangan pimpinan pusat supaya menyaman Zam dalam hal ini kerana impak fitnah ini adalah besar dan boleh menjejaskan hubungan baik rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Comments