APA MOTIF RUMAH GUAN ENG DIBALING MOLOTOV COCKTAIL

Yang Dipetua PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wagab berkata budaya membaling molotov cocktail di rumah-rumah pemimpin politik merupakan tindakan ganas dan tidak professional.

"Bukankah boleh menyebabkan kemusnahan harta benda hatta nyawa penghuninya."

"Amalkanlah budaya politik matang dan moden. Bukannya kita balik ke belakang berpolitik ala barbarian. " ujar Sofi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka.

Beliau mempersoalkan apa motif sebenar pihak yang melakukan jenayah tersebut.

"Kita mendesak pihak berwajib menyiasat dan menangkap bukan sahaja mereka yang melemparkan molotov cocktail tersebut bahkan menangkap dalang yang mungkin mengubah penjenayah berkenaan " tambahnya.


Bernama melaporkan bahawa Polis daripada unit forensik dilihat di kawasan rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk menyiasat bahan letupan yang disyaki koktel molotov, dibaling ke rumah ketua menteri tersebut di Pulau Pinang awal pagi hari ini.Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 11.48 semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah ketua menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia meletup dan terbakar selepas dibaling, tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah ketua menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api. – Bernama, 31 Ogos, 2014.

Comments

Anonymous said…
Tak payah siasat... dah dapat tangkap pun... lebih dari seratus orang anggota PPS penang dah ditangkap, kerana salah seorang dari mereka membaling molotov tu, kemudian tuduh umno yang baling.... idea zaman PKM lagi tuuu.