BERSIH 3.0 : NAIB PENGERUSI DAP KETINGGALAN KERETAPI

Di saat semua pemimpin Pakatan Rakyat dan ahli-ahlinya begitu bersemangat untuk memberi isyarat kepada kerajaan BN tentang kepincangan sistem pilihanraya di negara kita, tiba-tiba Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.

"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?

NONE"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya.

Terbukti Tunku Aziz sudah kentinggalan keretapi. Orang tidak lagi bercakap tentang keganasan semasa perhimpunan kerana terbukti semua peserta perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat adalah berdisiplin kecuali mereka diprovokasi oleh kerajaan.

Agaknya Tunku Aziz ketinggalan keretapi kerana tikdak pernah turut serta dalam himpunan aman sebelum ini.

Tunku Aziz mungkin tidak sedar bahawa Umno/BN memang sengaja mahu menyuruh himpunan BERSIH 3.0 dijalankan di Stadium supaya tidak ramai yang hadir dan mereka akan spin berita menyatakan bahawa himpunan itu tidak mendapat sokongan rakyat.

Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Tunku Abdul Aziz menegaskan, BERSIH 3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang.

Menurut Tengku Aziz lagi, keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga turut tidak terjamin.


Beliau berkata demikian dipetik dari portal Malaysiakini.


Kita yakin selepas ini kenyataan Tunku Aziz ini akan disiarkan oleh media pencacai United Malay National Organization (Umno)/BN bagi mengelirukan penyokong BERSIH 3.0 dan rakyat Malaysia. Berita Perdana RTM, Buletin Utama TV3 dan surat khabar pencacai sudah tentu menjadikan berita ini sebagai berita utama mereka. Tunku Aziz telah menginfakkan peluru baru kepada United Malay National Organization (Umno)/BN.

Comments

kampong lad said…
orang politik kena ada sifat keberanian begitu juga pemimpin kena ada ciri2 diktator cuma salah jika diapplikasikan tak kena pada tempat, masa & keadaan. jeneral kena terlibat dlm peperangan kalau takdak teloq, pi jadi lecturer la.
Anonymous said…
Apa yang pak cik cakap ini hak dia, tapi serupa macam cakap Umno.