ISU BICARA SCORPENE : NAJIB TAKUT JAWAB SOALAN WARTAWAN

Najib tidak berani menjawab soalan wartawan apabila diajukan soalan berkaitan perbicaraan kes komisen kapal selam Scorpene di Perancis.

"Saya tak perlu komen, saya tak mahu komen, terima kasih" itu jawapan Najib bila ditanya oleh wartawan berkaitan isu tersebut.

Beliau terus cabut selepas berkata demikian. Nampak sangat Najib ngeri untuk menjawab soalan tersebut. Mengapa beliau ngeri sedangkan beliau telah 'bersumpah' tidak terlibat dengan isu tersebut dan juga isu Altantuya.

Najib diajukan dengan soalan cepu emas tersebut pada sidang media beliau selepas selesai perjumpaannya dengan NGO India dan NGO Cina di USM hari ini. Sidang media itu berlangsung kurang dari 10 minit kerana Najib angkat kaki sebaik sahaja soalan yang mengerikan beliau itu diaju oleh Wartawan.

Kalau beliau tidak terlibat mengapa beliau begitu takut untuk berjumpa bapa Altantuya; mengapa beliau begitu takut untuk menjadi saksi kes perbicaraan berkenaan pembayaran komisen yang akan dibicarakan di Perancis.

NGO, Suaram telah menfailkan kes berkaitan komisen pembelian kapal selam Scorpene dan Suaram juga berjaya meyakinkan Hakim Perancis supaya menerima Najib dan Zahid Hamidi menjadi antara saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu nanti.

Comments