PM PALING LEMBIK, TPM KAKI ANGKAT BAKUL

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno dianggap paling lembik kerana gagal menamakan Pengerusi Umno sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang. Manakala Timbalan Perdana Menteri pula dianggap kaki masuk bakul angkat sendiri (angkat bakul) keraan mendakwa sistem pendidikan Malaysia lebih baik dari sistem pendidikan negara-negara maju.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia berasa bingung sekali lagi dengan kenyataan fantasi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa rakyat Malaysia memandang tinggi sistem pendidikan di negara kita.

Muhyiddin telah dilaporkan berkata demikian selepas keputusan kaji selidik baru-baru ini oleh Introspek Asia, yang kononnya menunjukkan bahawa 55 peratus rakyat Malaysia dewasa percaya bahawa sistem pendidikan di negara kita setanding negara-negara lain, manakala 35 peratus mengatakan bahawa ia adalah “lebih baik berbanding negara-negara maju”.

Sebelum ini, Muhyiddin telah memilih untuk memetik sebahagian daripada Laporan 2011-2012 Global Competitiveness Index oleh World Economic Forum, dan  menggunakannya untuk membuktikan bahawa kualiti pendidikan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat, German dan United Kingdom.

Jika ini benar, beliau harus menjawab kenapa tidak pernah ada seorang pun pemenang Anugerah Nobel dari Malaysia dan kenapa tiada satu pun universiti Malaysia yang termasuk dalam kedudukan 200 universiti yang terbaik di dunia? Atau kenapa, jika diberi pilihan, lebih banyak pelajar Malaysia memilih untuk belajar di Amerika Syarikat, UK dan German dan bukan di universiti tempatan?

Rakyat Malaysia tertanya-tanya mengapa Muhyiddin berani mendakwa sistem pendidikan kita adalah yang terbaik sedangkan kita melihat anak-anak muda yang terdidik di bawah sistem pendidikan terlibat dengan gejala dadah, maksiat, zina, buang anak, pergaulan bebas, rasuah, jenayah, penipuan dan penyelewengan. Banyak sekali statistik dikeluarkan oleh Jabatan-Jabatan kerajaan dan badan-badan bebas yang menggerunkan kita.

Lebih malang lagi pelajar-pelajar terlibat dengan kegiatan negatif itu bukannya terdiri dari mereka yang terkandas dalam pelajaran tetapi sebaliknya terdiri dari mereka-mereka yang cemerlang dalam pendidikan tetapi hancur dalam pegangan agama dan moral. Apakah ini yang membanggakan Muhyiddin sehingga berani mendakwa sistem pendidikan kita adalah yang terbaik. Kalau hendak angkat bakul pun biarlah berpadanan dengan keadaan dan situasi negara kita serta fakta yang jelas dan nyata.

Statistik : 2 contoh yang kebanyakan pelakunya adalah anak-anak hasil didikan sistem pendidikan terbaik sebagaimana didakwa Muhyiddin.

Jumlah Penagih Dadah di Malaysia - 2,897,630 (majoritinya anak-anak muda)
Jumlah anak luar nikah/tak sah taraf (2006-2010) - 234,647 orang 


Comments