Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini dituduh di Mahkamah Rendah Syariah Klang kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Kapar, Klang, pada 16 Ogos tahun lalu.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, dan jika disabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Khalid yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS diwakili peguam Muhamad Burok, manakala pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diwakili oleh Muhamad Saufi Mastorlani.
Hakim Norafizi Fitri Ab Manaf juga melepas tertuduh dengan jaminan RM1,500 yang dibayar oleh seorang penjamin.
Hakim juga menetapkan tarikh 7 Jun depan untuk sebut semula kes tersebut.
Di Selangor memberikan syarahan di Masjid menjadi satu kesalahan jika tanpa tauliah termasuk mereka yang berkelulusa berkelulusan agama dari Al Azhar dan IPTA tempatan. Undang-undang sebenarnya menjadi salah satu sebab masjid tidak dapat diimarahkan dengan baik.
Namun begitu kita berharap peraturan ini tidak menghalang program-program agama untuk terus dipertingkatkan di Selangor. Hanya dengan ilmu agama dan kesedaran agama sahaja dapat menyelesaikan masalah sosial di negara kita ini.

Comments