PTPTN BUKAN ALONG TAPI POLONG

Ada pihak yang mendakwa Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bertindak umpama along yang mengejar peminjam yang gagal membayar pinjaman mereka sehingga ada yang disenaraikan hitamkan.


Mereka yang gagal menjelaskan hutang PTPTN dihalang untuk ke luar negeri. Bukankah ini tindakan samseng seperti Along yang akan bertindak apa sahaja ke atas peminjam tanpa peri kemanusiaan. Tindakan menghalang para peminjam yang disenaraihitam untuk keluar negeri adalah tindakan yang mencerobohi hak asasi manusia dan ianya adalah tindakan yang tidak berperi kemanusiaan.


Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Agos Cholan berkata walaupun badan itu umpama perniagaan yang memerlukan komitmen, ia tetap bukan bank. Kenyataan beliau ini disiarkan dalam portal Malaysiakini.


Kalau istilah Along tidak sesuai untuk PTPTN,  pada pendapat anda istilah apa yang sesuai. Sesuaikah PTPTN digelar POLONG. Mungkin sesuai juga sebab POLONG adalah hantu yang mungkin ditakuti oleh orang ramai. Jadi PTPTN sekarang ini memang ditakuti oleh para peminjam kerana takut diambil tindakan.. Peminjam menjadi begitu takut kepada PTPTN kerana takut diambil tindakan mahkamah dan sebagainya.....macam takut pada POLONG.

Walaupun peminjam tiada kerja dan tiada pendapatan POLONG ini tetap menjejaki peminjan untuk menagih kembali duit yang dipinjam. Sebab itu para peminjam takut kepada PTPTN macam sesetengah orang takut kepada POLONG.

Comments