KELANTAN DAFTAR PENGUNDI BARU PALING RAMAI, MELAKA BAGAIMANA?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mendaftarkan jumlah pemilih paling ramai dalam suku pertama tahun ini berbanding sebelum ini, kata Pengarah SPR negeri, Ab. Rahim Md. Salleh.

Beliau berkata, dalam tempoh itu kira-kira 13,000 rakyat negeri ini mendaftar dengan SPR dan 60 peratus daripadanya terdiri daripada golongan muda yang berumur 21 hingga 35 tahun.

Peningkatan mereka mendaftar sebagai pemilih itu hasil gerakan pendaftaran yang dijalankan oleh wakil parti politik di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilantik sebagai penolong pendaftar, katanya Kota Baharu semalam.

Ab. Rahim berkata, ketika ini seramai 767,000 rakyat Kelantan layak mengundi dan lebih 8,000 didaftarkan oleh parti politik yang bertanding, manakala selebihnya didaftarkan melalui SPR.

Blog ini yakin bahawa sebahagian besar pengundi baru tersebut didaftarkan oleh PAS yang sememangnya diketahui bekerja kuat untuk mendaftarkan seramai mungkin pengundi.

PERSOALANNYA MACAMANA DENGAN JENTERA KITA DI MELAKA????

Masih terdapat kira-kira 240,000 orang di negeri ini yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pemilih dan 65 peratus daripadanya adalah golongan muda berumur 21 hingga 35 tahun, katanya

Comments

Jati Diri said…
.....tetapi apabila timbul PRK, jumlah pengundi baru yang ramai itu akan dipolitikkan oleh PAS, PKR dan DAP sebagai "pengundi hantu" (kononnya), sedangkan terang-terang yang PAS lah yang paling banyak mendaftarkan pengundi baru.
Anonymous said…
tak payah persoal2..startle buat keje..pergi buat pendaftarn pengundi selalu!!!!
Anonymous said…
baca Tulahan ulas isu ini