BN DI DEPAN DENGAN MAJORITI 1,900 UNDI

Setelah 16 saluran dari 110 saluran dikira BN mendahului DAP dengan majoriti 1,900 undi. Saluran-saluran yang undinya telah dikira adalah dari peti-peti yang bilangan pengundinya sangat kecil. Ada antaranya yang hanya mempunyai 100 lebih pengundi sahaja.

Sehingga jam 4.30 petang tadi hanya kira-kira 58 % pengundi sahaja yang keluar mengundi.

Jika bilangan pengundi tidak ramai maka peluang BN untuk menang lebih cerah.

Comments