SUDAH SAMPAI MASANYA MCA KELUAR BN SERTAI PR

MCA menggesa pimpinan BN supaya tidak menghadiri program Melayu Bangkit 13 Mei ini di Terengganu.

Saya yakin puak-puak yang mendakwa bersemangat Melayu akan tetap menghadirinya. Suara MCA itu hanya umpama angin sahaja tidak akan dihiraukan oleh mereka. MCA hanya dipandang sebelah mata sejak PRU 12 kerana MCA sudah tidak ada taring akibat kalah teruk pada PRU 12 tersebut.

MCA hanya boleh menggesa dan mengharap tetapi gesaan dan harapan itu tidak berbekas.

Jadi sudah sampai masanya MCA keluar dari BN dan menyertai PR yang tidak mengamalkan semangat perkauman sempit seperti BN. Mari kita berjuang bersama-sama demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang bebas dari rasuah, penyelewengan, kronisme dan lain-lain

Comments