Blog ini mencadangkan kepada semua rakyat Malaysia, NGO dan parti-parti politik Malaysia menggantung banner di rumah dan pejabat-pejabat masing-masing bagi menyatakan KEKESALAN DI ATAS KEBIADAPAN KERAJAAN BN MELULUSKAN LESEN JUDI PERTARUHAN BOLASEPAK.
Kebiadapan kerajaan BN tidak boleh dibiarkan kerana kita bimbang lebih banyak lagi lesen judi akan diluluskan pada masa depan kerana perniagaan judi memang mendapat sambutan hangat dan kerajaan sudah tentu gembira kerana wang cukai akan bertambah.
Tanpa menghiraukan HALAL atau HARAM kerajaan BN terus bergelumang dengan dosa dan pada masa yang sama mengajak dan menggalakkan rakyat berjudi.
Comments