PRK SIBU : BN SUDAHPUN MENDAHULUI DENGAN MAJORITI 2692 UNDI MELALUI UNDI POS?

Proses pembuangan undi pos Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjalan lancar semalam.

Begitulah laporan media hari ini. Lancar macamana tu.....lancar untuk memenangkan BN ke?????

Seramai 2,808 orang terlibat dengan pembuangan undi yang berlangsung di empat pusat iaitu Pejabat Daerah Sibu di Wisma Sanyan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Kem RASCOM dan Kem Batu 14 Jalan Oya, di sini.

Sebagaimana biasa blog mutaligat yakin BN menang besar untuk undi Pos ini. Jangkaan blog ini ialah seperti berikut :-

BN akan mendapat 2,750 undi dan DAP hanya memperolehi 58 undi sahaja.

DENGAN ITU SEBELUM PROSES PENGUNDIAN BERMULA JAM 8.00 AHAD INI BN SUDAHPUN MENDAHULUI DENGAN MAJORITI UNDI 2692. JADI AMAT SUKAR UNTUK DAP MENANG DI SIBU.

Parlimen Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,808 undi pos.

Orang Melayu/Melanau mewakili 17 peratus atau 9,369 orang berbanding Iban (15 peratus atau 8,665), Orang Ulu (0.11 peratus atau 63 orang), Bidayuh (0.5 peratus atau 30 orang), lain-lain (1.39 peratus atau 74 orang dan kaum Cina (66 peratus atau 36,494 orang).

Comments