PENGUNDI SIBU AKAN TERIMA RASUAH BESAR ESOK

Pengundi Sibu akan menerima habuan rasuah yang besar jumlahnya esok apabila Pengerusi BN sekali lagi akan bertandang ke kawasan tersebut.

Entah apa lagi yang akan dijanjikan esok. Sudah tentu jumlahnya ratusan juta kerana BN sudah tentu mahukan kemenangan sekali lagi selepas menang di Hulu Selangor baru-baru ini.

Sebagaimana yang disiarkan oleh Blog ini dalam posting terdahulu bahawa ada 8 perkara besar yang telah dan akan diumumkan untuk merasuah pengundi Sibu supaya mengundi BN.

Antaranya ialah :-

1) Ratusan juta atau mungkin bilion untuk projek mengatasi masalah banjir
2) Perbaiki keadaan jalan raya tempatan
3) Tingkatkan bantuan pendidikan Cina dengan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk setiap sekolah persendirian CIna dan RM15 juta untuk sekolah rendah
4) Membina sebuah Universiti di Sibu
5) Wifi percuma di seluruh Sibu
6) RM400 sebagai sagu hati untuk warga emas
7) Menghapuskan Tol di Jambatan Lanang
8) Peruntukan RM1 billion untuk 'poverty eradication'.

BLOG INI MENGHARAPKAN PENGUNDI SIBU TIDAK TERMAKAN DENGAN RASUAH SEBEGINI. JIKA MEREKA BERI BOLEH AMBIL SEBAB ITU SEMUANYA DUIT RAKYAT TETAPI UNDI ....MESTI UNDI PR/DAP

Comments