SEJAK BILA UTUSAN SOKONG KEPIMPINAN ULAMA?

Akhir-akhir ini Utusan Malaysia atau lebih mesra dipanggil Utusan Meloya begitu hebat memainkan isu pertembungan Ulama vs Professional yang di dakwa oleh mereka amat sengit menjelang Muktamar PAS Pusat awal bulan hadapan.
Lebih mengejutkan Utusan seolah-olah menyokong kepimpinan Ulama' yang lama bertunjang dan berakar umbi dalam PAS iaitu sejak tahun 80-an selepas kepimpinan Allahyarham Datuk Mohd Asri Haji Muda.
Hari ini Utusan sekali memuatkan cerita tentang Ulama. Sejak bila pula Utusan ini berkenan dan menyanjung kepimpinan Ulama' sedangkan sebelum ini mereka menghentam dan menghina Ulama'.
Semua tidak lain tidak bukan adalah untuk mencari peluang dan ruang bagi memecahbelahkan perpaduan di dalam PAS yang dikatakan terdiri dari golongan Ulama' dan Professional.

Musuh-musuh PAS lupa bahawa sesiapa sahaja yang menerajui PAS sebagai Presiden dan Timbalan Presiden mereka tidak mempunyai kuasa penuh terhadap apa juga keputusan parti tidak seperti apa yang berlaku di dalam Umno yang mana Presiden mempunyai kuasa veto untuk menentukan apa juga keputusan.
Dalam PAS segala keputusan akan diajukan kepada Majlis Syura Ulama' untuk diperinci dan di'endorse'kan dengan mengambilkira semua aspek berkaitan dengan hukum hakam yang jelas termaktub di dalam Al-Qur'an, Al Hadis, Ijmak dan Qias.
Ketetapan dan peraturan ini sekali lagi dipertegaskan di dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas semalam (malam tadi) yang memutuskan bahawa pemilihan dua jawatan tertinggi parti itu akan meneruskan keputusan yang telah dibuat pada Muktamar Agung Pas 1982.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, keputusan muktamar itu ialah Pas akan mengamalkan dasar kepimpinan ulama.

Menurut beliau, keputusan ketetapan itu, telah diterima sebulat suara dan diamalkan dalam pelantikan pemimpin Pas sehingga kini.

“Mesyuarat malam ini ( malam tadi) kita masih kekalkan dan tidak ada sebarang perubahan. Pas tetap amalkan dasar kepimpinan ulama, tiada perkara yang hendak ditambah.

“Konsep kepimpinan ulama bermakna Presiden, Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa pusat parti akan dipandu oleh Majlis Syura Ulama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas di pejabat agung PAS Jalan Raja Laut malam tadi.

Selain itu Datuk Prof Haron Din juga berkata Majlis Syura memberi kepercayaan penuh kepada perwakilan di muktamar untuk membuat keputusan terbaik bagi memilih pemimpin.

Menurutnya lagi, Majlis Syura juga memperakui bahawa keputusan yang dibuat oleh muktamar pada 1982 itu hanya boleh dipinda oleh muktamar sahaja.
Maka jelaslah bahawa PAS dan ahlinya tidak pernah bimbang dengan konsep kepimpinan Ulama' walau sesiapa pun yang menjadi Presiden atau Timbalan Presiden kerana perjuangan ini sebenarnya dipandu oleh Majlis Syura Ulama'.

Comments