3 PROJEK MANGGA KERAJAAN NEGERI GAGAL JUTAAN RINGGIT DUIT RAKYAT HANGUS

Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Goh Leong San mendedahkan bahawa 3 projek Ladang mangga delight kerajaan negeri Melaka menemui kegagalan.

Antara projek ladang mangga delight ialah di Kg Gelam dan Kg Air Barok. Dianggarkan sekurang-kurangnya RM3 juta duit rakyat hangus begitu sahaja lantaran kegagalan projek ini.

YB Goh menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan pada forum Menjana Gelombang 13 anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka di Kompleks PAS Jasin petang tadi.

Kegagalan projek ini membuktikan bahawa kerajaan negeri hanya mementingkan projek ini dijalankan tetapi kajian samada projek tersebut berdaya maju atau tidak kurang diberi perhatian. Akhirnya banyak projek kerajaan negeri gagal dan terbengkalai anataranya projek ladang mangga delight, Pulau Melaka dan lain-lain.

Difahamkan projek mangga ini diusahakan dengan bantuan Jabatan Pertanian. Kegagalan projek ini disahkan sendiri oleh Pegawai Jabatan Pertanian ketika dihubungi oleh YB Goh Leong San baru-baru ini.

Ladang Mangga Delight di Kampung Gelam diusahakan oleh Syarikat Petaniaga Sdn Bhd, di mana mangga tersebut di tanam di kawasan seluas 300 ekar sejak sembilan tahun lalu hasil galakan daripada Jabatan Pertanian.

Proses penanaman mangga di kawasan itu membabitkan empat fasa, iaitu fasa pertama bermula seluas 43 ekar, fasa kedua 75 ekar, fasa ketiga 90 ekar dan fasa keempat yang baru bermula seluas 300 ekar.

Terdapat 102 pengusaha yang digabungkan di bawah Petaniaga Sdn Bhd dan mereka mempunyai pegangan saham mengikut kemampuan masing-masing.

Mangga Melaka Delite bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah sudah berjaya menembusi pasaran luar.

Namun akhirnya projek ini gagal dan duit rakyat hangus.

Comments