BENARKAH APA YANG DIDAKWA OLEH KETUA ULAMA'?

Utusan Meloya terus menerus menggunakan isu pemilihan dalam PAS sebagai senjata untuk memburuk-burukkan PAS.
Antara laporan yang dibuat ialah mengenai kononnya perebutan kuasa dalam Pas semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapat sokongan.

Perkara ini diakui oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang menganggap situasi tidak sihat itu mula menular di kalangan pemimpin Pas yang inginkan kuasa.

Justeru, beliau meminta para perwakilan yang bakal hadir pada Muktamar Agung Pas nanti menolak pemimpin yang mengamalkan sikap seperti itu.

"Situasi kurang sihat ini sedang berlaku kerana banyak perebutan jawatan dalam parti yang sebelum ini tidak terjadi sama sekali.

"Perebutan jawatan ini memang biasa tetapi ada yang sampai buat jamuan dan bagi baju kepada perwakilan untuk melobi. Kalau macam tu menanglah dia," tegasnya.
Saya ingin mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli PAS supaya berhati-hati membuat kenyataan kerana media yang menjadi musuh utama kita sedang berusaha untuk menghancurkan PAS dengan mengutarakan berita-berita negatif supaya perpaduan di dalam PAS menjadi longgar dan kepercayaan rakyat kepada PAS terhakis.

Comments

Nevada said…
takkanlah orang pas dah sampai peringakt 'bagi baju menanglah dia'..

harap-harap ini fitnah semata-mata..

walaupun saya bukan ahli pas tapi saya masih mengundi pas secara berturut-turut selama ini..harap pas tetap utuh sebagai pas yg saya sentiasa kenali..
Anonymous said…
sejak bila orang-orang PAS mula percaya lapuran berita utusan? kalau dah mula percaya elok sertai umno segera sebelum terlambat!!!
Anonymous said…
SEMUA TU FITNAH...BAGI AKU ORG YANG MASUK PAS BEBAS DARI MELAKUKAN DOSA..ORG PAS ADALAH MAKSUM...SAPE YANG PERCAYA FITNAH TU..NERAKALA TEMPATNYE....
Haikal Sulaiman said…
This comment has been removed by the author.