Baru lebih kurang 2 bulan Najib Razak menjadi Perdana Menteri pelbagai peristiwa memalukan berlaku di dalam negara kita yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kalau sebeum ini tidak pernah berlaku sebuah negeri mempunyai 2 MB, 2 Speaker, 2 Sidang DUN kini segala-gala berlaku. Lebih teruk lagi semasa Najib diangkat menjadi Perdana Menteri kita melihat tidak banyak atau mungkin tiada langsung ucapan tahniah diterima dari negara luar tidak sebagaimana ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah mengangkat sumpah.
Peristiwa hitam 7 Mei benar-benar menggugat imej negara. Seluruh dunia menonton bagaimana seorang Speaker diseret keluar dari Dewan, ADUN berdiri di atas meja, 2 Sidang dalam satu Dewan dan macam-macam lagi. Selain kita juga melihat bagaimana dalam masa 24 jam Menteri Besar bertukar tangan dari Zambry kepada Nizar dan kemudian diambilalih semula oleh Zambry.
Semua ini adalah gara-gara permainan politik kotor BN yang merampas kuasa rakyat yang memberikan mandat mentadbir negeri Perak kepada Pakatan Rakyat. Malah paling mengaibkan Najib sendiri di dakwa menjadi perancang utama kepada kerja jahat tersebut.
Kini segalanya telah berlaku. Imej negara tercalar. Demokrasi di Malaysia telah dilacurkan. Malangnya Najib sebagai Perdana Menteri seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan isu ini. Sedangkan penyelesaian terbentang di depan mata iaitu BUBARKAN DUN dan Insya Allah semuanya selesai. Tetapi apa yang jelas Najib tidak bersedia untuk membubarkan DUN. Ketamakan BN untuk berkuasa di Perak mengatasi kepentingan menjaga maruah dan imej negara.
Comments