Kemelut Perak seolah-olah tiada penghujung. Semuanya kerana sikap tamak haloba, gila kuasa dan tidak menerima keputusan rakyat. Kemelut ini bermula apabila BN merampas kuasa dengan secara tidak bermaruah.
Kini setelah mahkamah menjatuhkan hukum bahawa DS Nizar adalah MB yang sah, Zambry membuat rayuan di mahkamah dan mahkamah menerima rayuannya menangguhkan keputusan bahawa DS adalah MB yang sah.
Hari ini DS Nizar pula akan memfailkan rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Hukum dah dijatuhkan ....rayuan akan dibuat dan begitulah seterusnya. Maka ia tidak akan berkesudahan .......hanya satu cara sahaja untuk selesaikannya. Dah berbuih mulut saya dan berkematu jari mengetuk 'keyboard' komputer memohon DUN Perak dibubarkan.
Comments
Inilah demokrasi terpimpin -selagi rakyat 'belum memahaminya' maka perlu diulang-ulang. Kita pimpin rakyat untuk faham bahawa pemimpin adalah yang betul2 ada kuasa dan kehendak. Rakyat tidak ditindas tetapi difahmkan apa itu demokrasi. Baca lagi ..... http://gedungakal@blogspot.com