BN LEGA : TIADA PILIHANRAYA KECIL DI KOTA ALAM SHAH

BN sudah pasti lega dengan tindakan ADUN Kota Alam Shah YB Manoharan yang menyatakan beliau tidak akan meletakkan jawatannya.

"Saya akan memberi khidmat terbaik di kawasan saya dan memastikan mereka mendapat yang terbaik daripada saya."

"Mereka telah hilang 14 bulan perkhidmatan saya dan kehadiran saya di DUN Selangor," kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Bandar Kinrara di sini lewat petang semalam.

Ternyata tindakan Kerajaan BN membebaskan YB Manoharan dari tahanan zalim ISA berjaya menyelamatkan BN dari mendapat malu sekali lagi jika Pilihanraya Kecil diadakan kerana hampir pasti BN akan kalah jika ianya diadakan.

BN sememangnya amat ngeri dengan pilihanraya kecil. Sehingga kini BN masih belum memutuskan samada untuk bertanding atau sebaliknya pada PRK Penanti yang dijadualkan tidak berapa lama lagi.

Jadi keputusan Manoharan ini benar-benar melegakan Najib dan kuncu-kuncunya.

Comments