AHLI BERSEKUTU, APA MASALAHNYA?

Semalam Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP), Hu Pang Chow sekali lagi menggesa status KPP diangkat menjadi sebuah Dewan. Sudah lama isu ini dibincangkan tetapi sehingga sekarang masih belum ada kata putus. Bagi saya perkara ini tidak wajar dipendamkan dalam waktu yang begitu lama sehingga ada orang yang mendakwa PAS lambat buat kerja, lembap dan sebagainya.
Di bawah beberapa cadangan dari saya yang perlu diperhalusi :-
i) Naikkan taraf KPP menjadi sebuah Dewan dengan tarafnya sama seperti Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Muslimat. Taraf keahliannya juga sama seperti ahli PAS lain.
ii) Naikkan taraf KPP menjadi sebuah Dewan tetapi tarafnya ahlinya hanyalah ahli bersekutu yang tidak mempunyai autoriti untuk memilih pemimpin dan menjadi pemimpin kerana syarat menjadi ahli penuh PAS ialah beragama Islam. Tetapi KPP boleh hadir dalam mesyuarat PAS Pusat serta boleh memberikan pandangan dan cadangan.
iii) Jadikan KPP sebagai sebuah organisasi berdaftar tetapi seolah-olah 'associate company' kepada PAS.
iv) Lantik Pengerusi KPP menjadi AJK PAS Pusat sebagai Ketua Lajnah Perpaduan Nasional dan beliau boleh mengundi dan memberikan pandangan dalam mesyuarat. Namun begitu ahli-ahli KPP adalah bertaraf ahli bersekutu, cuma Pengerusi KPP sahaja yang bertaraf ahli penuh.
v) Berikan kouta 1 negeri satu kerusi PAS ditandingi oleh ahli-ahli KPP iaitu di kerusi-kerusi campuran ............

Comments

Anonymous said…
salam bro. sofi..

saya setuju pendapat anda...satu pandangan yang baik...
Anonymous said…
Salam , sdr Sofi . Ahli bersekutu , apa masalahnya ? Tiada masalah , saya sokong 100% . Yang saya bangkang 100% adalah muqabalah @ muzakarah @ yg semakna dgnnya ... Dah terang2 umno tu tolak Islam watpe nak berdamai . Baik lagi kaum lain yg minat belajau Islam spt adun Perak dan Lim Guan Eng sendiri . Moga pintu hidayah terbuka buat mereka ....
Anonymous said…
SAYA PUN SOKONG 500%..ORG UMNO TU NAMA JE MELAYU...TAPI SEBENARNYA KAFIR...WATPE KITA NAK BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA...MAK BAPAK AKU ORG KUAT UMNO...AKU TENTANG ABIS ABISAN..MUDAHAN2 TUHAN BUKAK PINTU HATI ORG2 BUKAN ISLAM KHUSUSNYA DAP MASUK ISLAM..MEREKA ADALAH SEBAIK2 MANUSIA KERANA MAU TERIMA PAS DALAM PERJUANGAN MEREKA...X MACAM UMNO...KALO ADA TETAMU DAP NGAN UMNO...KITA MULIAKAN DULU DAP..TENGOKLA SEKARANG WAKIL2 RAKYAT DAP SUDAH PANDAI MEMBACA DAN MENTAFSIR AL QURAN...X MACAM ORG MELAYU UMNO..BACA FATIHAH PUN X BETUL...AKU BANGGA NGAN DAP...MEMANG X SIA2 KITA BERGABUNG DENGAN DAP..KALO KITA LIHAT KEMENANGAN KITA PADA PRK YANG LALU ADALAH BUDI BAIK DARI PENGUNDI2 DAP...TANPA MEREKA MUNGKIN KITA AKAN KALAH PADA TANGAN UMNO...ORG BERBUDI KITA BERBAHASA...ORG MEMBERI KITA MERASA..SO PADA ORG2 MELAYU PAS JANGAN LUPA PADA JASA2 DAP DAN BANGSA BUKAN MELAYU YANG TELAH BANYAK MENOLONG KITA..WALAUAPAPUN TERJADI..DIHARAPKAN AGAR KITA SENTIASA BERSAMA MEREKA DEMI MENGHANCURKAN UMNO....KEPADA MEREKA YANG PRO MUQABALAH...INGATLA XDE GUNANYA BERBAIK DENGAN UMNO..KERANA UMNO PARTI KAFIR DAN SESAT...LEBIH BAIK KITA BERKAWAN DENGAN ORG KAFIR YANG SUKA PADA PARTI KITA DARI BERKAWAN DENGAN MELAYU UMNO...

ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...

JAHANAM UMNO...HIDUP PAS DAP...CHAIYOKK!!!...CHAIYOKK!!!
Anonymous said…
tak baik mengkafirkan orang islam lain kecuali die terbukti murtad.UMNO tu bukan agama. Sama juga PAS.semoga kita berada dalam jalan benar.Ketenangan dan kesenangan lahir dari sifat mahmudah dalam hidup.cthnya berkata baik, berbaik sangka dan rendah diri.Apa guna berjuang dalam politik sedangkan hidup tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakat.
Anonymous said…
ANON..KO PEDULI APE?...AKU PEGANG KATA2 PRESIDEN KITA...UMNO ITU KAFIR...MAK BAPAK AKU ORG UMNO..MAKNANYA DIA KAFIR LA JUGAK...
LAIN LA NGAN DAP..DIOARANG TERANG2 SOKONG PAS WALAUPUN DIORANG PARTI DARI BUKAN ISLAM..TAPI BILA DIORANG SOKONG PAS MAKNANYA DIA PEJUANG DAN MUJAHID ISLAM..X BEGITU?