Blog Mutaligat mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia. Ambillah semangat tahun Hijrah 1434 untuk membuat perubahan total dalam negara kita.
Tahun Hijrah umat Islam diambil sempena Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah. Rasulullah berhijrah lantaran penentangan hebat kaumnya sendiri, Quraisy yang tidak henti-henti mendera Rasulullah dan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. Rasulullah sedar mustahil untuk Islam ditegakkan di Mekah kerana penentangannya datang dari penguasa-penguasa dan pemuka-pemuka Quraisy yang sebahagian besarnya adalah kaum kerabat Rasulullah S.A.W sendiri. Mustahil untuk Rasulullah menegakkan daulah Islamiah di bumi Mekah kerana bumi yang Rasulullah cinta itu dihuni oleh penyangak dan penentang Islam yang tegar.
Undangan penduduk Madinah kepada Rasulullah untuk Hijrah ke Madinah bagi mengembangkan Islam cukup mengubat kesedihan Rasulullah. Akhirnya baginda berhijrah dan disambut dengan penuh kesyukuran oleh penduduk Madinah.
Semasa Rasulullah berhijrah, seorang yang bukan Islam bernama Abdullah Uraikih menjadi penunjuk jalan Rasulullah. Maknanya Rasulullah memberikan kepercayaan kepada seorang yang bukan Islam membantu baginda. Hubungan Rasulullah dan seorang yang bukan Islam ini membuktikan bahawa orang bukan Islam boleh dibuat kawan dalam melaksanakan perjuangan baginda. 'Tahalluf' seperti ini membuktikan bahawa Islam tidak melarang kerjasama orang bukan Islam dengan Rasulullah dan umat Islam.
Di Madinah Rasulullah dilantik menjadi Ketua Negara Madinah dan menggubal perlembagaan Madinah yang dibuktikan bahawa ianya merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Para sejarawan barat terpaksa menerima hakikat dan fakta bahawa Rasulullah adalah tokoh negarawan terhebat berjaya memimpin negara Madinah dan perlembagaan bertulis yang hebat. Malah Rasulullah membuktikan bahawa Islam itu amat adil untuk semua bangsa dan agama, ISLAM UNTUK SEMUA. Umat Yahudi terdiri dari Bani Quraizah, Bani Nadir dan Bani Qainuqak memeterai janji setia dengan Rasulullah untuk menjadi warganegara yang taat setia kepada kerajaan Islam Madinah. Undang-undang dan pentadbiran Islam Madinah menjadi pelindung kepada semua rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
Umat bukan Islam hidup aman dan bahagia dan diberikan hak serta perlindungan oleh kerajaan Islam Madinah pimpinan Rasulullah.

Comments