PENUBUHAN PR 2.0 MULA DIBINCANGKAN SECARA TIDAK RASMI

Rakyat jangan bimbang tentang 'meninggal'nya Pakatan Rakyat dengan perpecahan yang berlaku baru-baru ini. Ini kerana tidak lama lagi PR baru akan ditubuhkan tidak lagi lagi. Perbincangannya mula dilakukan oleh pimpinan Parti AMANAH, DAP dan PKR secara tidak rasmi. 
Hari ini Pengerusi AMANAH, Hj Mohd Sabu berkata pakatan pembangkang mula mengadakan perbincangan secara tidak rasmi untuk membentuk sebuah gabungan baharu berikutan pembentukan Parti Amanah Negara (Amanah).
Bagaimanapun, perbincangan rasmi dan pengumuman mengenainya hanya akan diadakan selepas Amanah secara rasmi dilancarkan pada 16 September, kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu.
"Secara tidak rasmi, kami dah mula. Kami umumkan parti kami pada 31 Ogos dan pada 16 September, kami akan lancarkan parti baharu itu.
"Kemudian, kami akan mulakan perbincangan rasmi," katanya selepas menghadiri satu majlis kerajaan negeri di Masjid Bayan Baru hari ini. 
Ditanya sekiranya PKR akan memilih Amanah menggantikan PAS untuk menjadi sebahagian anggota gabungan parti pembangkang baharu, beliau memberi gambaran yang parti itu masih belum menjelaskan pendiriannya, tidak seperti DAP. 
"Kamu kena tanya PKR tentang perkara itu, tetapi DAP sudah tentu memilih Amanah," kata bekas timbalan presiden PAS itu.
Amanah ditubuhkan sebuah kumpulan serpihan PAS, terdiri daripada golongan progresif dalam parti Islam itu.
Sambil DAP jelas menolak PAS, yang memutuskan hubungan dengannya ketika di bawah gabungan Pakatan Rakyat yang kini tidak lagi berfungsi, PKR tidak menyatakan sebarang pendirian.
DAP yang sekular dan PAS yang memperjuangkan Islam, berselisih faham atas pelbagai isu, terutamanya berhubung undang-undang hudud yang menjadi agenda parti Islam itu, serta tiadanya kerjasama daripada presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kumpulan progresif daripada PAS membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai pelopor kepada sebuah parti politik baharu.
Pada Isnin, GHB mengumumkan ia dalam proses mengambil alih Parti Pekerja yang tidak aktif dan menjenamakannya semula sebagai Amanah.
Bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut PAS apabila beliau baru-baru ini berkata parti baharu itu akan meningkatkan kerjasama antara parti pembangkang.
Salah seorang pemimpin Amanah, Mohamed Hanipa Maidin, bagaimanapun berkata, 4 parti itu (termasuk Amanah) tidak akan boleh bekerjasama sekiranya PAS dimasukkan kerana parti itu membawa terlalu banyak masalah.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng juga berkata hari ini, parti-parti itu sudah memulakan perbincangan untuk menubuhkan gabungan parti pembangkang baharu.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, timbul juga keperluan menyertai pasukan yang mempunyai parti yang "ikhlas" dalam menentang skandal yang wujud di negara ini.
"Kami akan bekerjasama dan bergabung tenaga dengan sesiapa sahaja yang menentang 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima perdana menteri," katanya merujuk kepada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad.
"Kami akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas. Tetapi mana-mana pihak yang tidak ikhlas dan sanggup menyokong (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak, kita tinggalkan mereka dengannya," kata Lim.
Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut hadir berkata, sambil rundingan tidak rasmi dengan parti pembangkang sudah bermula, mereka akan mengalu-alukan mana-mana ahli Parlimen lain yang mahu "menyelamatkan Malaysia".
"Memandangkan apa yang sedang dialami negara dan ke mana hala tujunya, ia sangat melemahkan semangat. Pada masa ini, kita perlukan seramai mungkin untuk bersama bagi mengadakan undi tidak percaya (terhadap Najib)."
Katanya, cubaan untuk mengemukakan usul tidak percaya tidak pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia sambil menambah, ia merupakan satu usaha yang sukar untuk menjatuhkan Najib.
"Di bawah Perlembagaan kita, Raja bertindak atas nasihat perdana menteri.
"Oleh itu, pada masa ini, ia boleh dikatakan satu keadaan yang sukar. Malah bekas perdana menteri juga menghadapi kesukaran, apatah lagi kita," kata Dr Wan Azizah merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang berulang kali menggesa Najib meletak jawatan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dengan-tertubuhnya-amanah-parti-pembangkang-mula-bincang-gabungan-baru#sthash.stKwMvWG.dpuf

Comments

Anonymous said…
PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ????? SEMASA PEMILIHAN DALAM Muktamar KELIHATAN ustaz yang ulama macam SERONOK SANGAT tapi tak lah sampai terkinja kinja MENGGUNAKAN CAI masa memilih calon hati.. Cara isle kot ni.

4. Mempunyai aura-aura sayang UMNO dan pemimpinnya berpeluang muncul kerap di TV3 atau Utusan.

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL PAS.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

BABULU JA