HUDUD : TMI PUTAR BELIT KENYATAAN MAT SABU

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN
7hb SEPTEMBER 2015‎

Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak.

Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Parti Amanah Negara berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen.

Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan) dan mengambilkira Perlembagaan negara.

Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang,  persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak.

Kekeliruan yang timbul akibat laporan daripada The Malaysian Insider seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan.

Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami.

Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
6 September 2015

Comments

powertrain1648 said…
Hahahahaha...kelakar mu sofi...klu dulu tmi pusing kata2 ulamak mu serang hbs2an...le ning...kuali
Anonymous said…
Ni yang tak pakai pan. Sanggup menjual maruah islam . sanggup promosi Islam dengan cara lojik akal. Bahaya pan ni berpaksi pada dipg yang dunia ini dia yang punya.
Anonymous said…
Ni yang tak pakai pan. Sanggup menjual maruah islam . sanggup promosi Islam dengan cara lojik akal. Bahaya pan ni berpaksi pada dipg yang dunia ini dia yang punya.
Anonymous said…
DAP tak akan pernah setuju dengan hudud, so AMANAH will never perjuangkan hudud. Simple!
Anonymous said…
PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

4. Masa Muktamar lebai lebai dan pro ulama macam seronok sakan guna CAI masa memilih. Ini cara islam ka cara yahudi guna cai ni tuan tuan

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ Siku dan lutut.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

ISLE-ISLE
Anonymous said…
Ramai terpalit dengan HUDUD tak boleh nak bergerak kedepan langsung...stop di situ lah...selagi HUDUD tak ON ...tunggu...bila tanya HUDUD tu apa yang dia faham...mula lah terkial2 memberi jawapan..last sekali keluar hukum Allah stop...Selalu kita dengar ulama2 cakap kita kembali kepada Islam bila menghadapi sesuatu isu...bila ditanya balik bagaimana...terdiam dia.
Harapan baru said…
Mari mari ramai2 kita sokong parti amanah
Anonymous said…
Pas makin sesat
Hadi awe langsung tak leh nk ditegur
Ahli2 pas jgn syirik sudah la..
Anonymous said…
Ulama ISLAM - lembut lidah & bijaksana.
Ulama ANJING - menyalak , memaki & menggigit orang.
Agakan anda, dimana kedudukan ulama PAS?
IrWrWs said…
Saya cuma berharap agar PAS dpt bertanding kembali di kerusi2 yg dipinjamkan pd PKR sblm ini.. termasuklah di kerusi2 yg bertindih.. terpulang pd PKR jika mahu terus bertanding..
Anonymous said…
Hg yg cari pasai buat onar nak tuduh org pulaq...memang dasar gerombolan munafiqun asuhan cina dap...pi le cap cangkul mkn babi dgn cina dap...jgn salahkan parti lama