Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Umno-BN tidak tahu malu dan semakin samseng dalam menghadapi kebangkita sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
“Walau pun PR, PAS, PKR dan DAP telah berkali-kali menekankan sokongan kami untuk mendukung Perlembagaan Persekutuan, BN masih lagi meneruskan taktik tidak tahu malunya dengan menggunakan kaum, agama dan raja untuk menawan balik undi Melayu." kata Guan ENg dalam perutusan sempena ulang tahun ke 46 DAP hari ini.
“Anak saya yang berumur 15 tahun telah dituduh dengan fitnah bahawa beliau telah mencabul kehormatan rakan sekolahnya dan saya pula dikatakan telah membayar RM200,00 sebagai sogokan.' ujar beliau lagi.
“Taktik mereka bukan sahaja sudah sampai ke tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini, tetapi untuk kali pertama dalam sejarah BN dan penyokong-penyokongnya bertindak mengancam pemimpin-pemimpin PR secara terbuka,” katanya dalam perutusan ulang tahun ke-46 DAP hari ini.
Menurutnya, beliau sendiri bersama pemimpin-pemimpin PR seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah menjadi mangsa ancaman bahaya dan keganasan apabila menghadiri acara-acara awam.
Malah, katanya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pun diancam oleh penyokong BN di Pahang yang bukan sahaja sahaja melanggar budaya Melayu tetapi juga budaya Malaysia, apabila seorang lelaki mengancam seorang wanita secara fizikal.
Walau pun “mangsa” wanita itu telah mengeluarkan kenyataan umum bahawa ia adalah palsu dan tidak pernah sesekali pun berjumpa dengan saya atau anak saya, tidak ada tindakan yang diambil oleh polis terhadap Umno-Online dan blogger-blogger UMNO yang menyebarkan pembohongan ini,” tambah beliau.
Beliau berkata DAP menyeru agar semua pemimpin dan ahlinya menggandakan usaha untuk memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, usaha itu penting untuk mengekalkan kedudukan Pakatan sebagai kerajaan negeri yang ada sekarang di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, selain mengharapkan mandat rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.
“Isyarat-isyarat bahaya sudah menandakan bahawa PRU ke-13 akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.
“Kunjungan para pemimpin BN ke setiap pelusuk negara untuk memenangi hati pengundi adalah ulangan taktik menggunakan politik wang untuk membeli undi, mengawal media arus perdana untuk memomokkan pembangkang dan memuliakan BN serta menyalah gunakan jentera kerajaan untuk tujuan pilihan raya.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP berada dalam bahaya jika ahli-ahli dan penyokong tidak berjaya menangkis taktik BN yang tidak tahu malu – iaitu Duit, Media, Jentera Kerajaan dan Mengancam Pemimpin-Pemimpin PR (4M: Money, Media, Machinery of Government, Menacing PR Leaders).
Malah, ujarnya, UMNO-BN juga memainkan taktir kotor menggunakan Kaum, Agama, Raja dan Memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (4R: Race, Religion, Royalty, Rigging The Election Commission) yang bakal disemarakkan lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Justeru, menurut beliau, para pemimpin dan ahli DAP hendaklah sentiasa berjaga-jaga terhadap taktik 4M dan 4R ciptaan BN itu supaya pendekatan pelbagai kaum DAP akan berjaya untuk menyatukan dan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan integriti.
“Lebih teruk lagi, BN juga kelihatan seolah-oleh ingin memanipulasi pilihan raya dengan undi hantu, mendaftarkan warga asing dengan memberikan kad pengenalan kepada mereka,” katanya.
Menurutnya, keengganan kerajaan BN menubuhkan Suruhanjaya Driraja untuk menyiasat gejala pendatang asing di Sabah dan serta peralihan pengundi secara senyap kepada kawasan-kawasan undi yang lain tanpa pengetahuan mereka, termasuk juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, membuktikan taktik kotor yang sedang digunakan.
Sumber : Roketkini.
Comments