Orang Melayu takutkan bukan Islam kepada agama Islam

Bekas pelawak terkenal, Mohd HakimLokman berkata orang Melayu di negara ini menjadi penyebab kepada orang bukan Islam takut untuk mendekati Islam.


“Bila kita lihat orang Melayu, maka pelbagai pandangan negatif tergambar pada kita kerana yang rasuah, penagih dadah, miskin, melakukan jenayah majoritinya orang Melayu.

“Orang Melayu yang mengaku Islam tidak mengamalkan Islam sepenuhnya sehingga orang bukan Islam tidak berminat kepada Islam”ujar Mohd Hakim yang lebih mesra dengan panggilan Bob Lokman.

Beliau berkata lebih teruk lagi, orang Islam sendiri memusuhi Islam dan tidak mahu berjuang menegakkan Islam.

“Kalau orang bukan Islam menentang hokum Islam seperti hudud dan sebagainya kita tidak kisah, tetapi malangnya orang yang mengaku Islam sendiri menentangnya malah menghalang orang lain untuk mengamalkannya.

“Bila Chua Soi Lek memperlekehkan hukum Islam mereka diam tanpa menegurnya kerana mereka juga bersetuju agaknya dengan pandangan Soi Lek itu” tambah Bob.

Menurutnya sudah lebih 50 tahun Umno-BN memerintah Malaysia tetapi orang bukan Islam semakin tidak faham tentang Islam kerana dikelirukan oleh pimpinan mereka.

“PAS baru sahaja berkawan dengan DAP tetapi kita sedikit demi sedikit berjaya memberikan kefahaman Islam kepada DAP kerana yang jelas Islam sesuai untuk semua tidak kira orang Islam atau bukan Islam” ujar Bob.

Beliau berkata demikian pada ceramah yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dun (MTD) Asahan di Kg Bukit Senggeh malam tadi. Turut berceramah bersama beliau ialah Pengerusi Biro Politik DAP Melaka, Damian Yeo.

Comments

Alisha Residenc said…
Hello,
Anda boleh menukar pautan blog saya? http://knewsagency.blogspot.com/

Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
Berterima kasih banyak