PAS yang tidak pernah dibayangkan akan bertapak di Sarawak sebelum ini akan membuat kejutan pada Pilihanraya Negeri Sarawak 16 April ini. Ini kerana program-program PAS yang dijalankan di sana mendapat sambutan yang baik sejak akhir-akhir ini.
Rakyat mula sedar bahawa mereka terus berada dalam kedaifan walaupun negeri Sarawak kaya dengan hasil bumi kurnian Allah. Malah pemimpin BN negeri juga membina empayar dengan harta bukan ratusan juta malah mungkin mencecah billion ringgit.
Dari 'feedback' yang kita terima dari Sarawak, rakyat tempatan sebenarnya terbuka dalam menerima bantuan dan sedia hadir pada program anjuran PAS. Mereka amat dahagakan pembelaan PAS dalam isu tanah adat, peluang pekerjaan, tempat kediaman, pendidikan dan lain-lain.
Kalau negeri-negeri lain kemudahan asas dilihat sudah berada pada tahap memuaskan, di Sarawak kemudahan asas masih teruk. Ada banyak kampung yang tiada elektrik, tiada sekolah, jalan tanah merah dan sebagainya. Inilah nasib rakyat bila pemimpin hanya sibuk mengkayakan diri sendiri tanpa menghiraukan nasib rakyat.
Comments