Pelakon Video, Chua Soi Lek yang dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden berjanji akan terus bertempur dengan 'Taukeh PKFZ', Ong Tee Keat jika umurnya panjang.
Semoga umur saya panjang untuk menempuh hari-hari mendatang dan menghadapi pertempuran baru," tulis Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dipecat daripada MCA, dalam blognya.
Nampak jelas Chua sangat kecewa dengan keputusan MCA memecat beliau semalam. Episod ini agaknya tidak akan berakhir sehingga setakat ini. Ianya mungkin akan berlanjutan dan menjadi krisis yang hebat.
Chua sendiri dilihat mempunyai sokongan akar umbi yang kuat jika tidak masakan beliau boleh memenangi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan MCA yang lalu.
Ramai pemerhati politik berpendapat bahawa Chua bukanlah seorang ahli politik yang boleh duduk diam jika dirinya di'aniaya'. Beliau dilihat akan melakukan 'kerja' untuk menganyang Ong Tee Keat selepas pulang dari bercuti untuk menenangkan fikiran dan mengatur strategi bagi meneruskan karier politiknya atau sekurang-kurang membalas dendam kepada Ong.
Krisis dalam MCA ini sudah tentu akan memberikan impak yang besar kepada BN yang dilihat semakin hari semakin menggelupur dengan isu dalaman yang tidak kunjung padam.
Terbukti Najib sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN gagal menstabilkan BN malah BN semakin layu dan longlai menunggu masa untuk mati.
Comments