Khutbah hari ini : Rakyat diminta bersederhana (WASATIYAH), berjimat, PEMIMPIN BOROS TAK APA!

Tajuk khutbah di Melaka hari ini ialah Wasatiah dlm kehidupan. Mungkin juga di negeri lain pun tajuk yang sama.


Arakian, seraya khatib berkata, "bersederhanalah manfaatkan bantuan RM500 yang kerajaan beri..". Ya, rakyat yang menerima bantuan tu dah memang dah hidup sederhana, pemimpin yang atas tu hidup mewah, belanja sakan, mereka yang patut menjadi contoh hidup bersederhana..!


Rakyat yang sememangnya terhimpit dan susah untuk menjalani kehidupan sudah lama berjimat dan besederhana. Manakan duit belanja bulanan pun tak cukup lantaran harga barangan yang semakin meningkat. Caj perkhidmatan semakin melonjak. Harga minyak tak turun-turun.


Pemimpin yang berada di atas membazir, anak isteri shopping ratusan juta, beg tangan berharga ratusan ribu, barang kemas jangan cakap. Bil air dan  bil api pun cecah juta ringgit. Rakyat diminta berjimat.


Inilah bahananya bila kita tersilap pilih pemimpin Umno/BN menjadi kerajaan pusat. Diharapkan pada PRU 13 seluruh rakyat Malaysia akan buat perubahan secara total.


UBAH SEBELUM PARAH.


Sumber : Thelegendz

Comments