Najib TAKUT DEBAT, beri ALASAN yang MENGGELIKAN HATI


Memang diijangkakan Najib tidak akan berani untuk berdebat secara terbuka dengan mana-mana pemimpin PR. Di kalangan Umno hanya beberapa kerat sahaja pemimpinnya yang berani berdebat di hadapan rakyat. Antaranya Shabri Cheek, Saifuddin Abdullah, Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin, yang lain semuanya pengecut. Cakap berdegar-degar hanya di media tetapi diajak berdebat di hadapan rakyat mereka tidak berani.

Maka pelbagai alasan diberikan oleh Najib. Ianya disampaikan melalui Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan. Antara alasannya ialah :-
  • cadangan debat terbuka bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.
  • Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan bangsa. Tidak seperti di Barat di mana politik mereka lebih bersifat terbuka serta tidak melibatkan pelbagai kaum.
  • banyak sensitiviti rakyat perlu diutamakan. Untuk menyampaikan setiap dasar, memberi ceramah sudah memadai dengan membentangkan apa sahaja topik yang ingin dibawa.
  • Anwar sering dikaitkan dengan isu peribadi. Jadi kebarangkalian untuknya dikaitkan di dalam debat adalah tinggi, ditambah dengan isu peribadinya yang masih belum selesai. 
  • Dewan Rakyat adalah platform sesuai digunakan semua pemimpin untuk mengutarakan pelbagai isu.
Itu alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan yang kesemuanya jelas tidak professional dan melambangkan Najib takut berdepan dengan Anwar dan pemimpin PR disebabkan beliau bimbang tidak dapat menangkis hujah dan fakta yang dikeluarkan di depan rakyat.

Ternyata Najib berjiwa kecil dan tidak berwatak sebagai seorang Negarawan. Sepatutnya sebagai seorang yang berjiwa besar dan bakal digelar Negarawan beliau berani untuk menerima apa juga nasihat dan kritikan membina dari sesiapa sahaja, bukannya mengamalkan sindrom penafian. 

Kalau begitu sifatnya beliau tidak layak untuk digelar Negarawan.......

Comments