Makin ramai ORANG MELAYU masuk PARTI PERKAUMAN CINA?

Hairan semakin hebat Umno menghentam DAP bahawa parti anti Melayu, anti Islam dan anti Raja, semakin  ramai orang Melayu menyertai DAP. Apakah tuduhan dan dakwaan pemimpin Umno itu 'valid' atau tidak.

Paling hebat orang kuat Najib sendiri iaitu Arif Sabri, bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan (Najib Ketua Umno Pekan) menyertai DAP. Selepas itu Wartawan Kanan, akhbar pencacai Umno, Hata Wahari yang juga bekas Presiden Persatuan Wartawan Kebangsaan  (NUJ) juga tidak masuk Umno tetapi berjuang bersama DAP.

Maka jelas bahawa segala momokan dan fitnah Umno/BN yang menyatakan DAP dan PR anti Melayu, anti Islam dan anti Raja tidak dipercayai rakyar. 5 hari lepas 2 anak muda Melayu professional seorang peguam wanita dan seorang lagi penulis juga menyertai DAP di Perak.

Mereka tidak percaya lagi kepada Umno, hatta bekas Wakil Rakyat Umno/BN 2004, Arif Sabri yang duduk dibawah 'ketiak' Haji Najib pun 'bye bye' pada Haji Najib.

Rakyat sebenarnya sudah tidak percaya lagi kepada tuduhan dan fitnah pemimpin Umno/BN. Mereka akan menyelidik tuduhan dan fitnah itu terlebih dahulu. Selepas menurut sumber yang boleh dipercayai lebih ramai orang-orang Melayu yang akan menyertai DAP.

Comments