Video Kedua Anwar : LEBIH PANAS MARI NONTON SAMA-SAMA?

Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".


Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu -Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.


‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.


‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Tidak lama lagi ramai menjangkakan video tersebut akan di'upload'kan di dalam Youtube sebagaimana yang berlaku kepada video sebelum ini. Taukeh Video Porno sudah tentu menggunakan modus operandi mereka sebelum ini. 

Mereka langsung tidak takut kepada amaran Allah bahawa fitnah itu lebih besar dari membunuh. Mereka tidak takut dikenakan hukum qazaf kerana mereka tahu mereka kebal dan imun. Mereka dilindungi dan dijaga dengan rapi. Mereka ibarat permata dan senjata berbisa oleh musuh Anwar dan PR. Mereka rela menjadi kuda tungangan yang mungkin mendapat habuan yang bukan sedikit jumlahnya.

Namun semua fitnah ini akan terjawab bila kita semua berhadapan dengan Allah. Orang yang memanjangkan fitnah ini sudah tentu ada sahamnya ............

Sumber : Malaysiakini

Comments