PEMUDA PR MELAKA LANCAR SKUAD ANTI BARANG NAIK

Telok Mas : Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dan NGO Negeri Melaka melancarkan skuad anti kenaikan harga barang di bawah NGO Gerakan Anak Muda Melaka yang digagaskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM), Angkatan Muda Keadilan Melaka dan Pemuda DAP DAPSY Melaka.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Ketua DPPNM, Jauhar Md Dawi pada program ceramah hentikan kezaliman rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan PAS Kawasan Kota Melaka di sini malam tadi.5

Dalam ucapannya Jauhar menyelar sikap kerajaan yang menaikkan harga minyak, tarif elektrik dan harga gula yang menyebabkan kenaikan harga barang dan caj perkhidmatan.

"Kerajaan sepatutnya berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat bukannya menambahkan lagi penderitaan kita semua"

"Bila duit negara semakin menipis kerana ketirisan, rasuah, boros dan penyelewengan mereka berusaha untuk mencari duit dengan mengurangkan subsidi yang menyebabkan harga minyak dan barangan serta caj perkhidmatan naik" ujar beliau.

Jauhar berkata skuad anti kenaikan harga barang ini akan menjalankan kempen menjelaskan tentang kezaliman kerajaan yang menyebabkan harga barang dan caj perkhidmatan meningkat.

"Kita akan mengadakan road show bermula di Pasar Besar Melaka Sentral pada 4 Jan 2014 " tambah Jauhar yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Selain Jauhar turut berceramah pada program tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sidek, Pengerusi DAP Melaka, Goh Leng San dan Pengerusi PKR Negeri Shamsul Iskandar Md Akin.

Comments